Loading...

PAS saran pemimpin tertinggi Kelantan henti sengketa, selesaikan mandat PRU13

Loading...
Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Disebalik kemelut yang melanda PKR Kelantan, pemimpin PAS negeri itu tampil menyarankan lantikan politik parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk terus komited melaksanakan mandat dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas.
 
Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata mandat yang telah dimenangi tersebut haruslah dijayakan dan diperkukuhkan sehingga berakhirnya penggal pada PRU yang bakal menjelang pada bila-bila masa.
 
"Bagi saya, kita nak buat kerja sahaja sekarang. Kita nak kena jadi isu itu sudah selesai, itu dalaman parti kita tidak komen.
 
"Saya tidak boleh komen sebab itu hal atau isu parti masing-masing. Apa yang kita ada ialah kita masih berpegang kepada keputusan kita dahulu. Pelantikan kita teruskan sampai pilihanraya. Itu sahaja.
 
"Yang kita mahu adalah tugas yang dipertanggungjawabkan ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Susulan keputusan PKR untuk mengekalkan lantikan politiknya di negeri Che Siti Wan Kembang itu, namun kini timbul pula kemelut lain.
 
Baru-baru ini, muncul dakwaan bahawa ada anggota peringkat akar umbi PKR di negeri itu mendesak kepimpinan pusat menggantikan Pengerusinya Abdul Aziz Abdul Kadir sebagai pemimpin di Kelantan.
 
Desakan itu timbul selepas Abdul Aziz yang dilihat lebih cenderung mahu kembali bekerjasama dengan PAS, tetapi mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin parti itu yang lain, termasuk dalam kalangan akar umbi.
 
Susulan itu, akar umbi PKR negeri itu bertindak menyerahkan memorandum menyatakan anggota parti tidak lagi meyakini sebahagian besar pimpinan MPN, kegagalan menguruskan isu peletakan jawatan lantikan politik dan kedudukan PKR yang tidak diperkukuhkan di Kelantan.
 
Malah, memorandum itu dilaporkan turut menyenaraikan sepuluh kegagalan Abdul Aziz dan tiga alasan mengapa dia harus melepaskan jawatannya. 
 
Walau bagaimanapun, memorandum yang dikatakan tersebar melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial lain itu dinafikan Ketua Komunikasi PKR Kelantan Mohd Sukirman Mustafa.
 
Selain kepimpinan tertinggi negeri berdepan dengan konflik, sayap pemudanya juga mengalami nasib yang sama apabila ada desakan daripada Jawatankuasa AMK Kelantan yang mahu Ketuanya, Dr. Mohd. Hafidz Rizal Amran meletak jawatan akibat kehilangan sokongan akar umbi.
 
Naib Ketua AMK negeri, Mohd. Khairul Amin Abdul Rahman berkata, majoriti Ketua AMK Cabang turut menandatangani satu memorandum kepada pucuk pimpinan pusat supaya Mohd. Hafidz Rizal dilucutkan daripada jawatan tersebut.
 
Dikatakan, desakan terbabit dibuat apabila Ketua AMK Kelantan itu dilihat menjadi antara pimpinan negeri yang menyokong kuat hasrat Abdul Aziz.
 
 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS saran pemimpin tertinggi Kelantan henti sengketa, selesaikan mandat PRU13"

Posting Komentar