Loading...

RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu

Loading...

ALOR SETAR - Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Memali didakwa bermotif dendam politik, kerana hanya dicadangkan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai pembangkang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, sekiranya dinafikan siasatan menjurus kepada dendam, kenapa perlu tunggu sehingga lebih 30 tahun untuk siasat semula tragedi itu.

“Ya tentunya ada dendam politik, kalau tidak kenapa sekarang, bukan 30 tahun dulu? Ini termasuk RCI Forex yang ditubuhkan hanya selepas Mahathir tidak lagi bersama Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kedah, semalam.

Menurutnya, apa dikesalkan, isu 1Malaysia Development Berhad (IMDB) yang menjadi perbualan seluruh dunia tidak pula diwujudkan RCI walaupun ada desakan.

“Isu yang puluhan tahun, nak cari rekod lama pun susah. Paling mudah untuk siasat isu sekarang, iaitu kes IMDB, kenapa tidak diwujudkan RCI?,” katanya.

Mengulas kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disiasat berhubung ‘Amanat Hadi’, katanya, semua terlibat akan disiasat namun kesal agensi kerajaan seolah dipergunakan dalam siasatan itu.

“Tak wajar agensi kerajaan termasuk Peguam Negara dipergunakan membalas dendam politik, sepatutnya untuk basmi jenayah atau rasuah,” katanya.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu tidak melatah apabila Pusat Penyelidikan Pas meramalkan pengaruh Amanah akan merosot 0.5 peratus susulan isu Memali.

“Mereka bebas bagi pandangan, tak ada masalah. Sebagai orang lama (parti) perkembangan Amanah kini di tahap progresif,” katanya.

Mengulas konon wujudnya pakatan sulit antara Abdul Hadi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merampas Selangor pada PRU14, katanya, Amanah konsisten dalam memerangi parti yang ‘berkawan’ dengan BN.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RCI Memali bermotif dendam politik: Mat Sabu"

Posting Komentar