Loading...
BETAPA TEBALNYA SEMANGAT SEKULAR PARTI PEMBANGKANG, SEMANGAT SEKULAR
YANG SUKA BULI PARTI ISLAM
MEREKA PERNAH KATA
PAS TAK LEH PERINTAH
SEBAB PAS PARTI PAK
LEBAI
-Pak Karamu-
'Mereka tidak hormat semangat setiakawan'
YANG SUKA BULI PARTI ISLAM
MEREKA PERNAH KATA
PAS TAK LEH PERINTAH
SEBAB PAS PARTI PAK
LEBAI
-Pak Karamu-
'Mereka tidak hormat semangat setiakawan'
Tuan Ibrahim Tuan Man. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM – Tindakan Pas memutuskan segala hubungan kerjasama dengan parti lain sebelum ini adalah kerana mereka tidak menghormati semangat setiakawan parti itu.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, nasib Pas selalu berakhir dengan pengkhianatan oleh sesebuah parti itu.
“Pas sudah ada pengalaman kerjasama dengan semua parti. Bila kami baik dengan mereka (kerjasama dengan sesebuah parti), kita tolong mereka dalam kempen, tolong mereka dapatkan kerusi.
“Tetapi kemudian mereka khianat kita semula,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta mana-mana pihak yang mahu bekerjasama untuk mengikut rentak parti itu, Tuan Ibrahim berkata, prinsip perjuangan Pas adalah prinsip yang wajar diterima dan diikuti oleh man-mana parti.
Ini kerana menurut Tuan Ibrahim lagi, prinsip yang diperjuangkan partinya adalah prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran.
“Ini prinsip syarak yang tidak boleh dikompromi. Prinsip yang Pas tegakkan adalah prinsip universal dan tidak mengganggu masyarakat agama lain,” katanya lagi.
Abdul Hadi sebelum ini berkata, mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan Pas, perlu mengikut cara Pas.
Pemimpin nombor satu Pas itu dipetik sebagai berkata, parti Islam itu telah lama bertapak dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain.
Loading...
0 Response to "APA KATA PAS LONDEHKAN PENGKHIANATAN PARTI LAIN TERHADAP PAS BAGI RAKYAT BACA"
Posting Komentar