Loading...
Guan Eng hampir diserang...
Lelaki yang ditahan kerana membuat provokasi secara lisan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di tempat letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, malam tadi didapati positif ganja. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata lelaki tempatan berusia 23 tahun dan berasal dari Puchong dekat sini itu kini ditahan untuk siasatan lanjut. “Ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati suspek positif ganja. Dia direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan motif kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Guan Eng, yang baru selesai merasmikan Majlis Penutup 8TV CNY Grand Bazaar, sedang bergambar dengan orang ramai dan ingin masuk ke keretanya, sebelum seorang lelaki berjubah putih tiba-tiba menjerit ke arahnya. Lelaki itu juga dilihat seperti memegang sesuatu yang terselit di pinggangnya dan memarahi pasukan keselamatan yang cuba mengambil barang terbabit.
Keengganan lelaki itu bekerjasama dengan pihak keselamatan selain berterusan membuat provokasi menyebabkan polis terpaksa menangkapnya bagi mengawal keadaan. Suspek dikatakan terus melawan serta melaungkan takbir beberapa kali sambil bercakap dalam bahasa yang tidak dapat difahami. - f/bk
TS.
Loading...
0 Response to "[Video Lim Guan Eng di SERANG lelaki BEJUBAH PUTIH positif ganja] PROVOKASI! Guan Eng hampir diserang..."
Posting Komentar