Loading...
Jom Channel
SIDANG DEWAN NEGERI PERAK 23 APRIL 2019
Ceramah Selamatkan Najib BossAna..
Program penyatuan Ummah di antara Umno + Pas + Perkasa di Bera.
Money Trail From SRC Into Najib Razak Accounts
Ummah mahu demo bantah PPSMI-DLP Mei ini
Suatu perhimpunan aman besar-besaran bagi membantah cadangan pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris - Dual Language Programme (PPSMI-DLP) akan diadakan pada awal bulan Mei ini, kata Gerakan Pembela Ummah (Ummah).
Sekretariat Ummah Mohd Zai Mustafa dipetik laporan Harakahdaily berkata pelaksanaan semula PPSMI-DLP akan menggugat hak keistimewaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Pelaksanaan semula PPSMI-DLP akan menggugat hak keistimewaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996.
"Seterusnya (Ummah) akan menganjurkan himpunan rakyat besar-besaran secara aman seperti anti-Icerd bagi membantah pelaksanaan semula PPSMI-DLP bertempat di ibu negara pada awal Mei sebelum Ramadan nanti," katanya.
Bagaimanapun, kata Mohd Zai, bantahan terhadap PPSMI-DLP tidak bermaksud Ummah memusuhi bahasa Inggeris, sebaliknya gabungan itu menggesa Kementerian Pendidikan mempertingkat prasarana pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
Malaysiakini.
Loading...
0 Response to "[Video ASMUNI AWI (Amanah) berhujah dengan RAZMAN ZAKARIA (Pas) sesuka hati mengkafirkan orang-SIDANG DUN PERAK 23 APRIL 2019] Ceramah Selamatkan Najib BossAna Kleptokrasi & Ummah mahu demo bantah PPSMI-DLP Mei ini."
Posting Komentar