Loading...

COVID-19: Arahan bekerja dari rumah untuk penjawat awam - JPA

Loading...
Merujuk kepada Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 mengenai COVID-19, semua pegawai adalah diarah untuk bekerja dari rumah. Walaubagaimanapun, Ketua Jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting (essential services) di Kementerian/Jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai yang terlibat untuk hadir bertugas di pejabat.

Bagai pegawai yang diarah untuk bekerja dari rumah, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi:

1. Sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu bekerja/pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan;
2. Sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain; dan
3. Memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja

Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di para 3 melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatan.

Pegawai adalah tertakluk kepada Peraturan-Peratusan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] dan peraturan-peraturan lainn yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang mana bersesuaian.

Muat Turun:
Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Dan Penutupan Premis Kerajaan
Muat Turun : Surat Edaran JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6(2)
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "COVID-19: Arahan bekerja dari rumah untuk penjawat awam - JPA"

Posting Komentar