Loading...

Azmin: Rundingan PKR-PAS bukan inisiatif peribadi tapi keputusan parti

Loading...


Timbalan presiden PKR itu juga berkata ia merupakan rundingan "tidak rasmi" dan tiada kena mengena dengan Pakatan Harapan.


azmin-ali_pas_pkr_6001


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini mendakwa rundingan kerjasama dengan PAS bukan inisiatif peribadi, tetapi sebenarnya keputusan parti.

Beliau juga menegaskan penglibatannya dalam rundingan dengan PAS itu sebagai mewakili PKR.

“Saya mesti tegaskan sekali lagi…mereka selalu kata rundingan itu inisiatif saya, tetapi sebenarnya bukan inisiatif peribadi saya. Rundingan itu keputusan PKR. Saya mewakili parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Beliau juga menegaskan rundingan itu rundingan “tidak rasmi” dan hanya melibatkan PKR dan PAS.

“Tiada kena mengena dengan Pakatan Harapan,” katanya.

Azmin merupakan penyokong terkuat kerjasama antara PH dan PAS, walaupun semasa pimpinan lain dalam gabungan pembangkang berputus asa untuk membentuk kerjasama dengan parti itu.

Meskipun Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Khamis mengecam rancangan PAS bertanding di kerusi PKR di Selangor, Azmin menganggapnya sebagai perkara “biasa” untuk mana-mana parti politik.

“Ianya dapat diselesaikan dalam bentuk perbincangan. Kita akan bincang dengan semua kecuali Umno dan BN,” katanya.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azmin: Rundingan PKR-PAS bukan inisiatif peribadi tapi keputusan parti"

Posting Komentar