Loading...

Isu Memali: Tun M perjelas kenapa Hadi Awang tidak ditahan masa itu

Loading...

KUALA TERENGGANU, 5 Zulhijjah 1438H, Ahad – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperjelaskan mengapa kerajaan sewaktu pemerintahan beliau tidak menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran insiden Memali.
Beliau berkata, tindakan berkenaan dibimbangi berlaku rusuhan memandangkan terlalu ramai pengikut Abdul Hadi yang fanatik terhadap amanat dikeluarkan di Banggol Peradong pada 1981, mendorong tindakan jihad melawan kerajaan.
Amanat Hadi adalah hasutan supaya rakyat bangun dan bunuh pemimpin kafir, itu makna amanat Haji Hadi.
“Tetapi, terlalu ramai orang pada masa itu yang fanatik percaya kepada beliau sehingga kalau kita tangkap dan masukkan dalam ISA akan tercetus huru-hara.
“Kerajaan ada terfikir untuk tahan ISA, tapi kita fikir waktu itu negara demokrasi, sekiranya tindakan begitu diambil besar kemungkinan akan tercetusnya huru-hara sebab itulah beliau tidak ditahan di bawah ISA,” katanya ketika berucap di sini, semalam.
Media sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan bersedia membentuk RCI untuk menyiasat insiden Memali.
Malah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, kerajaan bersedia menubuhkan RCI peristiwa Memali yang berlaku pada 1985 lalu, dan mendapat sokongan penuh daripada PAS.
Peristiwa Memali hangat semula ketika program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam pada 13 Ogos lalu, yang bertukar kecoh selepas beberapa pihak dikatakan cuba menyerang Dr Mahathir ketika soalan berhubung insiden Memali dibangkitkan.
Susulan kekecohan itu, pelbagai pihak termasuk PAS mula membangkitkan semula insiden berdarah berkenaan, termasuk mahu siasatan terhadap tragedi itu dijalankan semula.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Memali: Tun M perjelas kenapa Hadi Awang tidak ditahan masa itu"

Posting Komentar