Loading...

Jangan politikkan ibadat haji, agama - Zahid

Loading...
ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KELANA JAYA: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya menggunakan waktu sepanjang wukuf di Arafah untuk melakukan ibadat bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia lebih bermanfaat berbanding berbual kosong, bersembang atau berpolitik.
 
"Gunakan waktu di Arafah ini sebaik-baiknya. Kenapa perlu tidur sepanjang waktu rehat itu, kenapa perlu sembang atau berjalan-jalan cari orang lain?.
 
"Orang politik jangan pergi khemah di sana sini cari pengundi. Sebaik-baiknya waktu singkat sekitar enam, tujuh jam itu penuhkan dengan ibadat seperti solat sunat, baca buku doa serta berdoalah perkara yang baik," katanya yang dipetik BH Online.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program pelepasan jemaah haji ke Tanah Suci di Kompleks Tabung Haji (TH) di sini yang turut dihadiri Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, hari ini.
 
Pada penerbangan hari ini, seramai 483 jemaah dijadual berlepas ke Makkah pada jam 5 petang ini dan dijangka tiba jam 9.10 malam waktu Arab Saudi.
 
Ini penerbangan kedua terakhir sebelum pesawat ke-113 dijadual berlepas ke Tanah Suci, esok.
 
Yang turut sama dalam penerbangan petang ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
 
Ia juga disertai selebriti, Hattan dan Nash Lefhanded.
 
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, rakyat tidak sewajarnya mempolitikkan pemberian subsidi haji oleh TH dan kerajaan Pusat kepada semua jemaah pada setiap tahun.
 
"Jangan politikkan ibadat haji, jangan politikkan agama. Gunakan politik untuk memperkuatkan agama," katanya.
 
Beliau juga berkata, kepercayaan tinggi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud kepada Malaysia, membolehkan pelbagai manfaat diperoleh negara dalam urusan dan operasi haji kebelakangan ini.
 
Ia, katanya, termasuk kehadiran 20 pegawai Imigresen Arab Saudi ke Malaysia bagi urusan pemeriksaan masuk ke negara itu yang kini boleh dilakukan di sini.
 
 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jangan politikkan ibadat haji, agama - Zahid"

Posting Komentar