Loading...

Johnathon Wong Tewaskan Juara Olimpik Rio

Loading...
Johnathon Wong Tewaskan Juara Olimpik Rio. Johnathon Wong menghasilkan kejutan terbesar dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila dia menundukkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Hoang Xuan Vinh dari Vietnam dengan memenangi acara menembak lelaki 10m air pistol di Lapang Sasar Subang, hari ini.

Penembak negara berusia 25 tahun itu cukup konsisten dan fokus pada saingan akhir itu dengan mencatatkan 238.30 mata untuk merangkul emas.

Johnathon Wong Tewaskan Juara Olimpik Rio.  Xuan Vinh, 42, meraih perak dengan catatan 234.10 mata manakala penembak Myanmar, Kyaw Swar Win merangkul gangsa (214.80 mata).

“Saya gembira kerana dapat menewaskan juara Olimpik untuk memenangi emas. Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga keluarga saya.

“Tidak lupa juga kepada datuk saya yang tampil memberikan sokongan buat kali pertama di sini,” katanya yang gagal memberikan persembahan memberangsangkan di Sukan Olimpik Rio, tahun lalu.

Johnathon Wong Tewaskan Juara Olimpik Rio


Johnathan turut mendedikasikan kemenangannya kepada jurulatih dari Korea Selatan, Park Sang Soon dan Park Cheol Wan.

“Prestasi saya meningkat sejak berlatih di bawah mereka yang dilantik sebagai jurulatih hujung tahun lalu.

“Perubahan yang mereka lakukan membabitkan kekuatan mental yang menjadi penekanan utama mereka ketika latihan.

Johnathon Wong Tewaskan Juara Olimpik Rio. “Sebelum kedatangan mereka, kami hanya fokus kepada teknik menembak saja,” katanya. -nst



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Johnathon Wong Tewaskan Juara Olimpik Rio"

Posting Komentar