Loading...

Kecoh di Klang selepas orang ramai halang roboh restoran

Loading...
 
Lebih 20 polis dan pegawai penguatkuasa tiba di kawasan itu awal pagi sambil menghalang jalan masuk ke restoran itu.
 
 
Berkeley22

KLANG: Kekecohan tercetus hari ini selepas percubaan Pejabat Tanah Klang menjalankan kerja perobohan sebuah restoran popular di Taman Berkeley dihalang orang ramai termasuk beberapa aktivis setempat.

Operasi meroboh itu berdasarkan arahan mahkamah, dan turut dibantu pegawai polis dan pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sejak 2007, Berkeley’s Corner berdepan masalah dengan pihak berkuasa yang enggan memperbaharui lesen pendudukan sementara (TOL) restoran itu.

berkeley2

Kira-kira 20 anggota polis tiba di kawasan itu pada 9.00 pagi tadi, tetapi disambut dengan protes oleh pihak restoran, pelanggan dan beberapa ahli politik.

Peguam mewakili restoran, Gobinath Karuppan memberitahu FMT, pihaknya sudah pun memfailkan rayuan perintah injunksi daripada mahkamah yang akan didengari esok.

Seorang lagi peguam, Farhana Halim, berkata salinan injunksi itu sudah diberikan kepada MPK Jumaat lepas, menjadikan tindakan mereka salah di sisi undang-undang.

Beberapa ahli politik yang hadir hari ini meminta surat notis perobohan itu ditunjukkan.

berkeley3

Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, serta Setiausaha Pemuda MIC Arvind Krishnan berkata notis itu tidak sah kerana sudah bertahun lama.

Turut hadir ialah penyelaras MCA Klang, Datuk Ching Eu Boon dan 30 ketua NGO masyarakat India.

Pihak restoran mahu mengetahui mengapa pihak berkuasa menafikan permohonan memperbaharui lesen TOL restoran itu.

Pagi tadi, kedua-dua pintu masuk ke restoran itu dihalang 2 lori besar dan sebuah traktor yang tiba sejak awal pagi.

Bagaimanapun, pintu belakang dibiar terbuka dan penyokong restoran sudah mula memandu ke kawasan parkir seawal 7.00 pagi.

Setengah jam kemudian restoran itu dipenuhi orang ramai terdiri daripada Cina, India dan Melayu.
Bercakap kepada FMT, Santiago mempersoalkan mengapa pihak berkuasa bertekad memusnahkan restoran itu.

“Ramai pelanggan datang ke sini hari-hari dan bangunan ini sudah berdekad lama usianya,” katanya kepada FMT.

“Jika mereka mahu menjual tanah itu, pemilik restoran sanggup membeli.”

Pemilik restoran Muthusamy Thirumeni yang juga presiden Persatuan Pengusaha Restoran Malaysia (Primas) memberitahu FMT, TOL restoran itu dalam proses pembaharuan pada 2007.

berkeley4

Menurutnya, permohonan memperbaharui TOL tidak disambung pada 2014, sejurus selepas Wisma 99 Speedmart 12-tingkat siap dibina beberapa meter berhadapan restoran itu.

Pada September 2014, rancangan perobohan restoran itu dibatalkan selepas Manivannan dan Arvind campur tangan dalam hal itu.

Muthusamy mendakwa pihak berkuasa memberi tekanan kepadanya supaya berpindah dengan merampas beberapa meja dan kerusi.

Beliau berkata tekanan itu menjejaskan perniagaannya, yang kini disingkatkan waktu perniagaannya daripada 24 jam kepada 11 jam.

LIHAT VIDEO DI SINI


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kecoh di Klang selepas orang ramai halang roboh restoran"

Posting Komentar