Loading...

Kerajaan Selangor diganggu, diintimidasi kerana dicemburui, kata Azmin

Loading...
 
Kejayaan kerajaan negeri menyebabkan sesetengah pihak cemburu, kata Menteri Besar Azmin Ali


azmin-ali_sprm_6001

PETALING JAYA: “Gangguan dan intimidasi” terhadap badan-badan di bawah kerajaan Selangor berlaku kerana ada pihak cemburu dengan kejayaannya, kata Menter Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin berkata pihaknya sudah menjangkakan gangguan dan intimidasi tu, yang menurutnya akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-14.

“Banyak pihak hari ini cemburu dengan kejayaan Selangor. Bukan sahaja dapat mewujudkan perpaduan yang utuh dalam pentadbiran, sekarang ada rakan baru dalam Pakatan Harapan.

“Pada masa yang sama banyak phak cemburu dengan kejayaan Selangor menguruskan ekonomi dan kewangan dengan cara berhemah dan amat telus dan berintegriti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Azmin mengulas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Universiti Selangor (Unisel) dan Menter Besar Diperbadankan (MBI), membabitkan dakwaan pembayaran RM16 juta kepada sebuah syarikat swasta.

SPRM Selasa lepas menyerbu 5 lokasi untuk mendapatkan dokumen dan maklumat dalam siasatan ke atas pertikaian antara Unisel dan syarikat itu.

Serbuan dijalankan di pejabat Unisel di Shah Alam dan Bestari Jaya, pejabat syarkat swasta itu di Bestari Jaya dan Desa Pandan, Kuala Lumpur, dan pejabat MBI di Shah Alam.

Syarikat swasta itu dikatakan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kampus Unisel di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

MBI bagaimanapun mendakwa pembayaran kepada syarkat itu dibuat mengikut proses timbangtara.
Menurut Azmin, kedua-dua badan kerajaan itu akan bekerjasama dengan siasatan SPRM.

Namun beliau berharap SPRM akan menjalankan siasatan secara profesional, bagi mengelakkan persepsi negatif dalam masyarakat.

“Siasat secara terbuka, telus dan profesional. ‘Nothing to hide’ dalam perkara ini,” katanya.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Selangor diganggu, diintimidasi kerana dicemburui, kata Azmin"

Posting Komentar