Loading...
TIPS UNTUK GURU SAINS - BERBAKI 30 HARI SEBELUM UPSR
1. Mesti saat ini guru-guru sains seluruh Malaysia susah hati memikirkan tentang pencapaian anak2 UPSR yang dalam 30 hari lagi menjelma.
2. Cikgu, waktu sekarang ialah waktu yang cikgu2 perlu memberikan bimbingan berfokus kepada murid2 mengikut tahap pencapaiannya.
3. Kenalpasti kelemahan anak2 murid dengan melihat analisis item, topik mana yang dia lemah. Soalan mana yang dia gagal jawab. Banyakkan latihan pada topik tersebut.
4. Jika menjawab set soalan percubaan negeri2... tengok kelemahan murid kita tu pada kertas 1 atau kertas 2. Kalau Kertas 1, maksudnya dia malas membaca. Tak banyak input dan tak ada daya menghafal. Kalau kertas 2 tu, salah kita (tak fokus teknik) sebab banyak kemahiran menjawab yang dia kurang kuasai.
5. Jangan sesekali stress tunjukkan depan murid, rebut peluang untuk memberikan latihan tetapi fokus. Contoh, kalau nak fokus KPS ... bagi jawab soalan KPS. Kalau nak latih soalan yang mempunyai hukum, latih soalan tersebut sahaja. Cth soalan Error Carry Forward (ECF), Wrong Cancel Right ( WCR) , First Attempt Only (FAO) , B.O.D dll, padankan, isi tempat kosong, rekacipta, melakar, melabel dll.
6. Lima minit awal pembelajaran, uji minda dengan soalan istilah. Berikan 5 istilah setiap hari, minta murid menulis dalam kertas kajang (take off paper) dan hantar utk semakan.Semakin banyak istilah yang diingat, semakin banyak content yang mereka kuasai.
7. Kaji soalan-soalan percubaan yang popular dan tayangkan dgn LCD. Nak bagi semua mmg tak sempat, jadi pilih dan selesaikan dengan meminta murid menulis jawapan sahaja pada take off paper.
8. Berikan pujian bagi mereka yang menunjukkan peningkatan dan ambil berat pada murid yang kita rasa atas2 pagar lulus atau cemerlang. Jelaskan setiap mereka adalah sangat berharga kepada pencapaian dirinya, ibu bapa, cgu sainsnya dan sekolah.
9. Cuba berikan peluang mereka study group, beri tajuk dan guru bantu perbincangan mengikut stesyen. Rumusan perbincangan minta mereka tulis pada miniboard atau mahjong paper.
10. Berbaki 30 hari, perinci DSKP dan lihat buku teks, sentuh satu persatu content dengan menyediakan soalan pantas diakhir pdpc.
11. Jangan lupa untuk memberikan anak didik kita menjawab soalan sebenar 2016. Itu adalah penanda aras soalan kita yang utama.
Selamat mencuba....ada masa kita berkongsi tips lagi yer ;)
Coretan Cikgu Zazol Alkirani
Loading...
0 Response to "Kurang 30 hari sebelum UPSR, apa guru Sains boleh buat untuk muridnya?"
Posting Komentar