Loading...

PAS: Dulu Amanah lantang perjuang isu Memali, tapi sekarang…

Loading...
THE MALAYSIAN TIMES
 


KANGAR: Dulu Parti Amanah Negara (AMANAH) lantang memperjuangkan keadilan peristiwa Memali 1985 sewaktu masih bersama PAS tetapi kini tidak lagi setelah mereka keluar dari parti.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata, parti itu perlu bersikap jujur kerana ketika bersama PAS, mereka adalah lantang bersuara memperjuangan keadilan peristiwa berdarah Memali.

“Mereka perlu berlaku jujur…ucapan mereka masih segar dan terngiang-ngiang lagi di telinga dengan mengutuk tindakan Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan mendesak kerajaan menjalankan siaatan tulus menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Kini, selepas beberapa bulan keluar daripada PAS, terus mereka jadi lupa. Mereka perlu bersikap jujur dengan yang mana hak dikatakan hak, yang batil dikatakan batil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Balai Islam Madi, di sini, tengah malam tadi, lapor Akhbar Berita Harian.

Disamping itu, beliau juga mengeluarkan kata-kata pedas terhadap pihak tertentu yang mendakwa RCI untuk menyiasat peristiwa Memali hanya akan memakan diri parti itu.

“Tidak berbangkit isu di mana PAS akan rugi jika RCI ini menjadi kenyataan nanti. Kita bersetuju ia diteruskan.

“RCI tidak ditubuhkan lagi dah ada pihak kelam kabut kata pimpinan PAS akan kena nanti.
Sepatutnya mereka yang selama ini menentang PAS bersyukur, tetapi kenapa mereka kalut?

“Seolah-olah mahu mempertahankan ‘tuan’ mereka itu,” katanya tanpa menyebut nama mana-mana pihak.

Dalam pada itu, dakwaan PAS sengaja membangkitkan isu Memali kerana PRU14 semakin hamper adalah tidak tepat.

“PAS Cuma memberi maklum balas selepas isu itu dibangkitkan pada program Nothing to Hide 2.0.
“Ia bukan isu baharu kerana PAS bangkitkan (isu memali) sepanjang masa dengan adanya sambutan tahunan di Memali setiap tahun

“Ia juga menjadi isu politik sejak enam edisi pilihan raya. Isu Memali tidak pernah selesai, sebab itu kita mahu siasatan telus dijalankan bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS: Dulu Amanah lantang perjuang isu Memali, tapi sekarang…"

Posting Komentar