Loading...

Pemerkasaan PPD, isu perjawatan juga disentuh

Loading...
KUCHING 24 Ogos –Pe­mer­ka­saan Pegawai Pendidikan Da­erah (PPD) di seluruh negara akan dilaksanakan dalam me­lancarkan lagi tugas berkaitan pendidikan dan dasar yang ditetapkan kementerian di da­erah masing-masing.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemerkasaan tersebut dibuat antaranya dengan menurun­kan kuasa kepada mereka agar tidak semuanya perlu tertumpu ataupun melalui Putrajaya.

“Melalui pemerkasaan ini dan dengan desentralisasi kuasa sesuatu perkara yang berkaitan boleh dilaksanakan lebih cepat.

“Selain itu, soal penjawatan juga akan disentuh di samping memastikan semua PPD dapat berfungsi dengan baik dalam memastikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Kebangsaan Pe­ngurusan Pendidikan PPD 2017 di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pe­ngarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof dan Pengarah Pendidikan negeri, Rakayah Madon.

Seramai 142 PPD seluruh negara bersidang selama tiga hari membincangkan pelbagai perkara berkaitan dasar pendidikan, amalan terbaik dan pelaksanaan PPPM yang telah memasuki gelombang kedua.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Se­kolah Kurang Murid (SKM), Mahdzir berkata, terdapat sebanyak 2,900 sekolah se­perti itu yang jumlah muridnya kurang daripada 150.

“Mengikut peraturan sedia ada, SKM tidak boleh ditutup selagi tidak mendapat persetujuan ibu bapa malah soal penggabungan sesuatu yang tidak diminati masyarakat ekoran jauh dan sebagainya.

“Bagaimanapun dalam masa panjang, kita kena fikirkan sesuatu bagi murid-murid ini dengan mengambil kira pandangan pihak berkepentingan seperti ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat,” jelasnya.


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemerkasaan PPD, isu perjawatan juga disentuh"

Posting Komentar