Loading...

Proton 2.0 Hanya Pendapat Peribadi Tun Mahathir – DAP

Loading...
Suara Kebenaran




Kenyataan Tun Mahathir untuk mengadakan Proton 2.0 sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas negara ini daripada BN dalam PRU14, hanyalah pendapat peribadi beliau, menurut seorang pemimpin DAP Selangor, Kevin Ho Ning Chu.

Majlis Presiden Pakatan Harapan katanya, pada bila-bila masa belum membincangkan tentang cadangan Tun Mahathir itu kerana penumpuan utama Pakatan Harapan setelah berjaya merampas Putrajaya ialah untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol, menghapuskan GST dan sebagainya terlebih dahulu.

Soal nak mengadakan Proton 2.0 ini belum pernah dibincangkan lagi.

Lagipun ramai berpandangan, cadangan Tun ini hanya semata-mata untuk memberi nyawa kepada syarikat pembekal alat ganti Proton milik keluarganya yang terjejas dengan keputusannya untuk meninggalkan UMNO dan menubuhkan PPBM.  Hakikat bahawa lebih 70% vendor Proton adalah milik keluarga Tun Mahathir, tidak boleh dinafikan sesiapa.

Adalah tidak logik parti-parti dalam Pakatan Harapan seperti PKR dan DAP mahu mengadakan semula syarikat seperti Proton kerana sejak sekian lama kita telah berjuang untuk menutup Proton yang kerana tidak mempunyai potensi keuntungan disamping kelangsungannya bergantung kepada bantuan dana dari kerajaan hampir sepanjang masa.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Proton 2.0 Hanya Pendapat Peribadi Tun Mahathir – DAP"

Posting Komentar