Loading...

RAMAI ORANG MELAYU AKAN PINGGIRKAN PAKATAN HARAPAN

Loading...

KAJIAN DARI MENEMUI DAN MERISIK ORANG-ORANG  MELAYU KEBANYAKAN MEREKA AKAN PULAUKAN PAKATAN HARAPAN.

DIANTARA ALASAN MUDAH YANG DIBERIKAN IALAH:PAN PARTI DERHAKA, BERSATU ADA TUN MAHADHIR KERANA HAL MEMALI, PKR KERANA ANUAR DAH KEDALAM, DAP TERLIBAT DENGAN RASUAH DAN KILANG HARAM

MEREKA JUGA BANYAK MEMBAYANGKAN NASIB MELAYU DI SINGAPORE DIBAWAH PAP. DI MALAYSIA PANDANGAN MEREKA DAP ABANG ADIK PAP

HAL INI SEPATUTNYA TIDAK DIKAITKAN, NAMUN ITULAH PERKARA YANG TIDAK DAPAT DI ELAKAN


 

-Pak Karamu-

 

Pakatan Harapan bakal hilang undi Melayu?

Md Shukri Shuib Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM
Md Shukri Shuib
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pakatan Harapan akan mengalami defisit undi Melayu pada PRU14 nanti.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ketiadaan Pas dalam gabungan Pakatan Pembangkang itu, menjadi antara punca undi Melayu tidak memihak kepada Pakatan Harapan.

“’Tsunami Melayu’ ke atas Pakatan dijangka berlaku. Pakatan akan alami defisit undi Melayu. 

Sebabnya dahulu Pas bersama Pakatan dan membawa undi para penyokong dari kaum Melayu kepada Pakatan," katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, kini orang Melayu Pas sudah tidak akan mengundi Pakatan, maka perolehan undi dari orang Melayu terhadap Pakatan akan susut dan defisit.

Katanya, Pas kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, Pas lebih bersedia sebagai parti berkecuali dan pemerhati yang tidak memihak kepada suara-suara wakil rakyat dari Pakatan Harapan.

Katanya, walaupun Pas telah keluar dari Pakatan, namun di Dewan Rakyat, Pas memberi komitmen terhadap barisan Pembangkang dan menafikan desas-desus bahawa partinya mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Umno.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RAMAI ORANG MELAYU AKAN PINGGIRKAN PAKATAN HARAPAN"

Posting Komentar