Loading...

Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes

Loading...

KEADILAN DAILY

unisel 


Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berhenti mempolitikkan siasatan kes mereka bagi memelihara kepercayaan rakyat terhadap institusi tersebut.

Gesaan itu dibuat susulan serbuan suruhanjaya itu di Universiti Selangor (Unisel) dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) semalam membabitkan kes yang sudah diselesaikan secara timbang tara di antara Unisel dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

“Walaupun kerajaan negeri mengalu-alukan siasatan SPRM berhubung laporan dibuat terhadap kerajaan negeri, suruhanjaya itu dituntut menyiasat secara profesional dan tidak dipengaruhi tekanan politik.

“Tekanan politik terhadap SPRM hanya menyebabkan persepsi dan keyakinan rakyat terhadap institusi pencegahan rasuah ini terhakis juga tercalar,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pertikaian di antara Unisel sudah diselesaikan seperti dijelaskan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Penyelesaian dimuktamadkan antara Unisel dan Jana Niaga berdasarkan urus tadbir baik dan langsung tidak membabitkan menteri besar secara peribadi atau atas kapasiti individu yang membuat keputusan penyelesaian pertikaian berkenaan,” katanya.

Nik Nazmi sebelum ini menempelak pembantu peribadi Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor yang membangkitkan kes di antara Unisel dan Jana Niaga yang merupakan bekas kontraktor universiti tersebut.

Rizal mendakwa menteri besar sebelum ini menghentikan pembayaran kepada Jana Niaga kerana penyiapan projek yang tidak memuaskan.

Namun, MBI sudah menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Disember 2012 dan Mahkamah Rayuan pada Julai 2013 memutuskan yang Jana Niaga dan Unisel perlu menyelesaikan pertikaian mengikut proses timbang tara seperti yang diwajibkan di bawah kontrak kedua-dua pihak.

MBI turut menafikan bayaran sebanyak RM60 juta telah dibuat kepada Jana Niaga.



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes"

Posting Komentar