Loading...

Tetapkan tarikh akhir runding dengan PAS, gesa akar umbi PKR

Loading...

Sekumpulan akar umbi PKR tampil menyatakan sokongan kepada protes William Leong terhadap rundingan dengan PAS dengan meletakkan jawatan sebagai anggota biro politik parti.

“Kami juga mohon supaya presiden dan timbalan presiden PKR mempertimbangkan alasan-alasan yang beliau kemukakan demi maruah dan prinsip parti,” kata kata Ketua Ranting Taman Melati, Chee Chu Sang.

Kumpulan itu juga menuntut PKR menetapkan tarikh akhir untuk rundingan dengan PAS.

Sidang media itu diadakan di pusat khidmat anggota parlimen Selayang di ibu negara.

Leong adalah anggota parlimen kawasan itu.

Leong meletakkan jawatan sebagai anggota biro politik PKR selepas beberapa pimpinan tinggi parti itu masih cuba meraih sokongan PAS yang sebelum ini memutuskan kerjasama politik kedua-dua pihak.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tetapkan tarikh akhir runding dengan PAS, gesa akar umbi PKR"

Posting Komentar