Loading...
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa terdapat peningkatan mendadak jumlah pengundi di kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
“Kawasan Pekan itu mempunyai pengundi seramai 35,000 sahaja dan Datuk Seri Najib hampir kalah jika tidak membawa pengundi di tempat lain.
“Bagi tahun yang kemudian ada pilihan raya, tiba-tiba pengundi di Pekan itu naik daripada 35,000 sampai ke 80,000. Di mana mari banyak sangat?
“Bagi tahun yang kemudian ada pilihan raya, tiba-tiba pengundi di Pekan itu naik daripada 35,000 sampai ke 80,000. Di mana mari banyak sangat?
“Sebab itu kita khuatir ada tambahan-tambahan. Itu di Pekan.
“Saya ingat dalam pilihan raya akan datang ini ada tambahannyalah. Bila ada pos punya undi, bawa pi tempat lain. Kalau tidak dia kalahlah,” katanya dalam sidang media di Gombak malam tadi.
“Saya ingat dalam pilihan raya akan datang ini ada tambahannyalah. Bila ada pos punya undi, bawa pi tempat lain. Kalau tidak dia kalahlah,” katanya dalam sidang media di Gombak malam tadi.
Beliau yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum itu hadir ke majlis kutipan dana dan lelongan anjuran pergerakan pemudanya (ARMADA).
Beliau diminta mengulas ucapan Najib sehari sebelumnya bahawa beliau nyaris kalah dalam pilihan raya umum 1999 kerana “insiden mata lebam” Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia berlaku beberapa minggu selepas Mahathir, ketika itu perdana menteri, memecat Anwar sebagai timbalannya.
Anwar selepas itu didakwa atas tuduhan meliwat dan rasuah dan dilihat hadir dengan mata lebam di mahkamah di Kuala Lumpur pada 29 September 1998.
Anwar selepas itu didakwa atas tuduhan meliwat dan rasuah dan dilihat hadir dengan mata lebam di mahkamah di Kuala Lumpur pada 29 September 1998.
Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor kemudian dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menyerang Anwar. - MK
Loading...
0 Response to "Tiba-tiba pengundi Pekan naik dari 35,000 ke 80,000. Di mana mari banyak sangat? - Tun M"
Posting Komentar