Loading...
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tergugat dengan cubaan pihak tertentu menidakkan sumbangannya kepada negara.
Bekas perdana menteri itu berkata masih akan ada rakyat mengenalinya dan menyedari sumbangannya, selepas viral gambar halaman buku teks sekolah yang langsung tidak menyebut namanya ketika membincangkan perdana menteri dulu dan kini.
“Saya tak hairan. Dia tak letak nama pun, orang kenal saya. Boleh padam, jangan cerita langsung.
“Kata Mahathir tak pernah lahir…bin Iskandar Kutty tak pernah lahir,” katanya, merujuk kepada nama disebut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi tidak lama dulum ketika mendakwa Dr Mahathir bukan keturunan Melayu.
“Tak pernah kerja, tak pernah sumbang apa pun terhadap pembangunan,” sambung Dr Mahathir ketika menjawab soalan wartawan selepas majlis makan malam PPBM malam tadi.
Baru-baru ini, tular gambar halaman buku subjek Pendidikan Sivik Tingkatan 3, yang menamakan 5 perdana menteri Malaysia, termasuk Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun, Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri paling lama memerintah Malaysia, tidak disertakan.
Kementerian Pendidikan kemudian tampil menyangkal tuduhan buku itu terbitannya.
Sementara itu, Dr Mahathir yang lahir lebih 3 dekad sebelum Merdeka, berkata beliau tidak menyangka negara akan kekal merdeka sebegini lama.
Beliau bersyukur kemerdekaan negara terus bertahan, tetapi menambah masa depan negara akan lebih baik sekiranya Najib bukan lagi perdana menteri.
“Jangan tertipu. Orang yang bagi duit untuk dapat undi sebab tahu pentadbiran tak betul.
“Kita dulu menang 2/3 (kerusi Parlimen) tak payah bagi 1 sen,” kata Dr Mahathir. - FMT
Loading...
0 Response to "Usaha PADAM SAYA DARI SEJARAH sia-sia, kata Dr Mahathir"
Posting Komentar