Loading...
N Thanabalan (dua dari kiri)
PKR KINI PERLU SEIRING DENGAN PAKATAN HARAPAN DAN TIDAK PERLU LAGI TERUS MELAYAN PAS
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut:
1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan
2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan
YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan
YAB Lim Guan Eng
Timbalan Presiden Pakatan Harapan
YBhg Hj Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pakatan Harapan
29 Ogos 2017
Di atas adalah kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dikeluarkan lewat malam tadi selepas mesyuarat diadakan yang antara lain membincangkan kewujudan pertembungan pemikiran dalam PKR tentang perlu atau tidaknya parti itu terus bekerjasama dengan Pas.
Satu pihak dikatakan masih mahu meneruskan kerjasama dengan Pas dengan tujuan mengelakkan pertandingan tiga penjuru dan bagi mempertahankan Selangor, sementara satu pihak lain, sesuai dengan Pas sendiri yang memutuskan hubungan dengan PKR, merasakan tidak perlu lagi diwujudkan sebarang bentuk kerjasama dengan parti itu.
Keputusan Majlis Presiden malam tadi adalah pendirian paling jelas dan mudah difahami. Bermakna, semua pemikiran dalam PKR perlu memahami dan menghormati keputusan tersebut. Mereka kini perlu bersatu dan bergerak seiring dengan pendirian rasmi Pakatan Harapan.
Tidak perlu dan tidak harus wujud lagi sebarang keinginan untuk terus bekerjasama dengan Pas selepas ini. Sebagaimana yang kerap ditulis dalam blog blog ini - lupakan Pas dan Pakatan Harapan perlu maju ke depan dengan keyakinan sendiri untuk menghadapi pilihanraya akan datang.
Dengan keputusan Majlis Presiden itu juga, jika Pakatan Harapan terus bergerak dengan kesepakatan yang jitu melalui gabungan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu serta Hindraf untuk menumbangkan UMNO dan BN, maka pengundi tidak lagi keliru atau terasa dipermain-mainkan dengan gambaran wujudnya ketidaktentuan dan tidak konsisten dalam pendirian perjuangan mereka.
Keputusan malam tadi dengan sendirinya bererti Pakatan Harapan menolak sebarang kajian atau dapatan bersifat akademik yang kononnya jika pertandingan tiga penjuru dapat dielakkan, tujuh negeri dalam genggaman dapat ditawan dan hasrat merampas Putrajaya lebih mudah lagi untuk dilaksanakan.
Hakikatnya, Pakatan Harapan, meskipun peluangnya mungkin tidak berapa baik, tetapi keyakinan baru melalui strategi yang sedang dirangka, harapan untuk menawan Putrajaya tetap ada.
Secara mudahnya, dalam dunia ini hanya ada dua pilihan saja - baik atau jahat, benar atau salah, keburukan atau kebaikan dan syurga atau neraka.
Jika ada satu pihak mahu menyelamatkan negara bertembung dengan pihak yang sedang membawa kemusnahan, patutkah ada pihak lain mahu berkecuali atau mengatakan mereka mahu mengalahkan kedua-dua pihak tersebut?
Yang berkecuali atau mengatakan mereka mahu mengalahkan kedua-dua pihak itu sebenarnya hanya mahu mengelakkan kekalahan kepada pihak yang sedang berkuasa dan tidak mahu pihak yang mahu mengambil alih kuasa daripada mencapai kemenangan.
Maka, bagaimana mungkin jika masih ada segelintir golongan dalam pihak yang ingin mengambil alih kuasa mahu terus bekerjasama dengan mereka yang kononnya mahu mengalahkan kedua-dua pihak itu sedangkan tujuan sebenar mereka ialah untuk menjadi pengacau yang dengan sendirinya bermakna tidak mahu kuasa baru muncul sebagai pemenang?
Diharapkan, dengan keputusan malam tadi juga, segala kekeliruan dan kerumitan dalam PKR telah berakhir, malah parti itu tidak perlu lagi terus membincangkan perkara tersebut sama ada dalam Biro Politik, mesyuarat majlis pimpinan, kongres atau apa ruang sekali pun. (ShahbudinHusin 29/08/2017).
Loading...
0 Response to "[Video Kisah Pilu, Pesan Ayah Kpd Thanabalan Bikin Haru, Sedih, Nangis (Perusak Mimpi Emas Garuda & Tun M Dedah Cerita Susah Zaman Kanak² & Remajanya] PKR KINI PERLU SEIRING DENGAN PAKATAN HARAPAN & Tidak perlu lagi terus melayan Pas!"
Posting Komentar