Loading...

Zaid Ibrahim Buat Kejutan Lagi

Loading...
Zaid Ibrahim Buat Kejutan Lagi. Datuk Zaid Ibrahim malam ini berkata perlawanan antara Amanah dan PAS di bawah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya perlawanan antara pemikiran bekas mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan fahaman Hadi.

Bekas menteri undang-undang itu, yang juga bekas wakil rakyat Kota Bharu berkata, Amanah terbentuk kerana PAS sekarang ini sudah lari daripada perjuangan yang dibentuk Nik Aziz.

Zaid Ibrahim Buat Kejutan Lagi. “Pilihan raya kali ini bukan Wan Rahim Wan Abdullah (pengerusi Amanah Kelantan) lawan Nik Amar Nik Abdullah (timbalan menteri besar), bukan Husam Musa (penasihat Amanah Kelantan) lawan Ahmad Yakob (menteri besar). Orang Islam Kelantan kena ingat ini pertandingan antara pemikiran dan kehendak Nik Aziz dan Hadi Awang,” katanya di majlis makan malam anjuran DAP di sini.

Nik Aziz merupakan menteri besar Kelantan dari 1990 hingga 2013 dan mursyidul am PAS dari 1991 hingga 2015. Hadi mengambil alih jawatan presiden dari Datuk Fadzil Noor pada 2002, dan dilihat sebagai pemimpin paling dominan dalam PAS dengan kematian Nik Aziz pada Februari 2015.

Selepas Nik Aziz, PAS dikatakan mendekati Umno dan bekerjasama dalam agenda bersama.

“Saya tidak rela orang Melayu Kelantan kononnya atas nama Islam memilih pendekatan politik Hadi Awang dan konco-konconya. Politik yang memusnahkan bangsa kita, agama kita, memecah-belahkan rakyat. Jangan kita sia-siakan legasi tok guru Nik Aziz,” kata Zaid.

Sementara itu, Zaid berkata beliau faham sekiranya ada segelintir individu kaya di Kelantan gembira dengan Umno, tetapi meluahkan rasa hairan mengapa rakyat biasa di negeri itu yang masih dihimpit kemiskinan turut menyokong parti itu.


Beliau memberi contoh bagaimana umat Islam berpusu-pusu ke masjid “bagaikan peminta sedekah” setiap kali menjelang Hari Raya bagi mendapatkan bantuan tunai.

Zaid Ibrahim Buat Kejutan Lagi


Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak lebih mementingkan golongan kaya, dan cuba mengaburi mata rakyat dengan memberi sedikit bantuan kepada rakyat miskin termasuk melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Adakah orang Melayu sebenarnya berpuas hati dan hidup bahagia sehingga akhir hayat dengan BR1M, dan lupa bahawa si pemberi tu adalah perdana menteri yang mesra kepada orang kaya?” soal Zaid yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu dalam ucapannya di majlis makan malam anjuran DAP di sini.

“Tidakkah anda berasa sedih bahawa dalam negara yang kaya ini, beratus-ratus orang Islam berbaris di masjid semasa Hari Raya bagaikan peminta sedekah berharap menerima wang hanya beberapa ringgit? ”

Zaid berkata rakyat biasa di Kelantan tidak mempunyai alasan kukuh untuk menyokong Umno pada pilihan raya akan datang, melainkan mereka “diselubungi rasa takut bahawa hidup anda tanpa BN akan menjadi lebih teruk”.

Menurut Zaid, rakyat Kelantan perlu “mengambil langkah berani” menolak BN dan juga kepimpinan PAS yang mentadbir negeri itu selama hampir 3 dekad, sambil menggesa mereka menilai sama ada kehidupan mereka bertambah baik sejak 10 tahun lepas.

“Kerajaan Najib adalah kerajaan untuk golongan kaya, baik orang tempatan atau orang asing. Inilah sebabnya jurang pendapatan/kekayaan antara golongan kaya dan miskin di Malaysia begitu besar berbanding negara-negara lain,” kata Zaid yang menyertai DAP pada Februari lalu.

Zaid Ibrahim Buat Kejutan Lagi


Beliau memberi contoh dasar Putrajaya yang “mesra golongan kaya”, di mana syarikat berkait kerajaan lebih tertumpu menubuhkan hospital swasta dengan kemudahan terkini bagi menampung permintaan golongan kaya.

“Sehingga yang ada hanyalah sisa-sisa untuk golongan miskin di hospital awam. Ramai doktor yang bagus telah berhenti berkhidmat dengan kerajaan untuk berkhidmat kepada golongan kaya,” kayanya merujuk penghijrahan doktor kerajaan ke hospital swasta.

Zaid menyifatkan kerajaan BN sebagai “kerajaan orang kaya dan kerajaaan korporat”.

Kerajaaan Najib hanya cakap tentang pembangunan luar bandar, menolong rakyat miskin di bandar, tetapi hakikatnya dia hanya membangun projek besar di bandar,” kata Zaid.

Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan akan mengembalikan pelbagai subsidi yang dihapuskan di bawah pentadbiran Najib.

Zaid Ibrahim Buat Kejutan Lagi. “Perkataaan subsidi tidak kotor kapada kita, hanya kapada Najib dan menteri beliau yang semuanya jutawan,” kata Zaid. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zaid Ibrahim Buat Kejutan Lagi"

Posting Komentar