Loading...
Berita Gembira Untuk Rakyat. Tabung Haji (TH) akan menanggung semua subsidi jemaah haji muassasah kali pertama, termasuk yang membuat rayuan bagi menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata, keputusan lembaga pengarah TH itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek, termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan TH bagi tahun 2019.
Berita Gembira Untuk Rakyat. “Dengan pengumuman terbaru ini, kos tanggungan TH untuk musim haji tahun ini ialah sekitar RM400 juta.
“Pengumuman ini dibuat selepas Lembaga TH hari ini bermesyuarat dan memutuskan keputusan menangung kos subsidi haji,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pondok Peringkat Kebangsaan 2019.
Sebelum ini Mujahid berkata, kerajaan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung penghapusan subsidi kos mengerjakan haji bagi bakal jemaah yang pergi atas tiket rayuan atau sebagai pengiring mahram.
Berita Gembira Untuk Rakyat
Mujahid berkata, perkara itu adalah atas budi bicara Lembaga TH yang akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan individu terbabit.
Dalam pada itu Mujahid berkata pengumuman itu menangkis dakwaan mengelirukan yang timbul, terutamanya berhubung isu kos jemaah yang membuat rayuan haji meskipun isu itu masih belum dimuktamadkan. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Berita Gembira Untuk Rakyat"
Posting Komentar