Loading...
Untuk ke Batam, jika korang dari Kuala Lumpur boleh memilih jalan mudah dengan menaiki Kapal terbang. Tapi selain dari itu, korang juga boleh memilih cara lain dengan menaiki bas ke Stesyen Larkin dan naik grab ke Berjaya Waterfront Ferry Terminal (Terminal Stulang Laut) untuk menaiki feri ke Batam.
PEMBELIAN TIKET | Bagi korang yang memilih cara ni, untuk tambang feri sehala adalah RM90 dah termasuk cukai. Jadi kalau korang beli tiket feri ni pergi balik (return) adalah lebih menguntungkan. Selain dari pembelian tiket di kaunter di Terminal Stulang Laut, korang juga boleh beli tiket secara atas talian (online). Tapi jangan lepa untuk bawa bukti pembelian, seelokknya berprintlah dan kena tukar kepada tiket asal di kaunter tiket Stulang Laut.
Apa yang perlu di sediakan untuk pembelian tiket di kaunter?
- Duit Harga Tiket Secukupnya (Cash)
- Passport
Kalau korang beli di kaunter, make sure plan masa korang betol-betol kerana kemungkinan orang ramai dan akan menyebabkan korang terpaksa beratur panjang. Kalau korang travel berkumpulan, serah tugas pada seorang untuk buat pembelian tiket. Tu lebih cepat dan menjimatkan masa. Pastikan semua passport dikutip bersamaa duit cash secukupnya.
Waktu Pergerakan Feri di Setulang Laut
Jadual pergerakan feri dari Stulang Laut Ke Batam Center Ferry Terminal:
- 7.15am, 8.00am, 7.15am, 8.45am, 9.30am, 10.15am, 11.00am, 12.30pm, 1.15pm, 2.00pm, 2.45pm, 3.30pm, 4.30pm 5.30pm dan 6.30pm
Jadual pergerakan feri dari Batam Center Ferry Terminal ke Stulang Laut:
- 7.30am, 9.30am, 10.15am, 11.45am, 2.00am, 2.45am, 4.45am
Memandangkan ada beberapa kaunter yang berlainan lokasi di Terminal Stulang Laut, jadi korang harus memilih kaunter yang bertulis Batam Centre. Walaubagaimanapun, saya kongsi juga info berkaitan terminal lain hanya untuk pengetahuan korang. Jadi, terminal lain adalah seperti berikut:
- Batam Centre : Perjalanan ke Batam Centre, Indonesia
- Tanjung Pinang : Perjalanan ke Tanjung Pinang, Indonesia.
Tiket akan dikutip sebelum kita masuk ke dalam feri. Kalau korang ada urusan untuk claim ke apa boleh ambik gambar dulu dan bagitau diorang yang kita nak tiket tu balik. nanti diorang akan bagi. Insyaallah.
FREE SEAT | Berkenaan tempat duduk dalam feri pulak dikira "free seat" siapa cepat dia dapat. Kalau duduk bahagian tengah boleh beku korang sebab keadaan feri sangat sejuk. Bahagian depan feri okay sikit. Lagipon kalau dapat bahagian depan ada ruang luas sikit untuk korang letak bag-bag korang. Kat depan pun ada tv, mudah nak layan movie yang diorang pasang.
TUKAR MATAWANG | Bagi korang yang tak sempat untuk buat penukaran duit, especially dari duit Ringgit ke Rupiah, dalam feri ada orang buat perkhidmatan tukar duit ikut currency semasa. Tak perlu pergi mana-mana, duduk je di tempat duduk korang dan sampai masa dia akan datang menawarkan service dia.
JUAL MAKANAN | Memandangkan perjalanan ke Batam dengan feri ni agak memakan masa, jadi kalau lapar dan lupa nak bawa makanan tu tak perlu risau sangat sebab atas feri diorang ada jual makanan dan minuman termasuklah mee segera. Beli indo mee nanti diorang masukkan air panas siap-siap, korang bayar dan tunggu makan je.
Sekian saja info berkenaan perjalanan menggunakan feri dari Setulang Laut Terminal ke Batam. Saya doakan semoga perjalanan korang dipermudahkan dan selamat pergi dan balik.
Loading...
0 Response to "CARA DAN TAMBANG FERI DARI SETULANG LAUT KE BATAM CENTRE"
Posting Komentar