Loading...

AS berhak ambil tindakan dalam isu wang haram...Apa Benda Madey Merepek ni

Loading...
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, bahawa Amerika Syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku jenayah pembersihan wang haram (money laundering) di negara berkenaan.

Menurut beliau, pembersihan wang haram sudah ditakrifkan sebagai jenayah di kebanyakkan negara kerana pendapatan hasil daripada mencuri dan perdagangan dadah sering di bawa masuk ke negara lain untuk dibelanja.

“Kemasukan wang ke mana-mana negara (termasuk Malaysia) akan diperiksa untuk menentukan punca wang itu dan jika ia halal sekali pun, cukai pendapatan perlu dibayar.

“Jika punca wang berkenaan tidak dapat disahkan halal, ia mungkin dicuri atau berpunca daripada perdagangan haram dan ia akan dirampas oleh pegawai negara berkenaan,”katanya menerusi blognya, hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan bahawa berbilion wang telah dibelanjakan, Riza Aziz dan ahli perniagaan, Jho Low dengan menggunakan bank Amerika Syarikat untuk membiayai pembelian hartanah, lukisan di Amerika, membayar hutang judi dan pengeluaran filem Wolf of Wall Street.

Mahathir berkata, oleh kerana wang haram dibawa masuk dan dibelanjakan dengan menggunakan bank Amerika, maka ianya melanggar undang-undang di negara itu.

“Negara itu berhak mengambil tindakan undang-undang, seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang asing yang melakukan jenayah di sini.

“Jenayah oleh orang asing tidak dikecualikan dari perundangan mana-mana negara,” katanya.

Ujar beliau, bagi menggelakkan barangan dibeli dengan wang haram itu dihilangkan, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mengambil tindakan sivil untuk merampasnya.

“Kemudian baru mereka akan dituduh bawah undang-undang jenayah,” katanya.

Tambahnya, duit haram yang banyak tidak boleh disembunyikan dan diurus tanpa diketahui oleh pihak lain serta catatan di dalam buku atau dokumen.

“Jika disimpan di Malaysia pun, akhirnya akan diketahui orang juga. Yang haram tetap haram.

“Wang tunai mungkin Raja tapi ia juga satu belenggu yang boleh meruntun pemiliknya sehingga jatuh tersungkur,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AS berhak ambil tindakan dalam isu wang haram...Apa Benda Madey Merepek ni"

Posting Komentar