Loading...

Azizulhasni Dan MB Terengganu Berdamai

Loading...
Azizulhasni Dan MB Terengganu Berdamai. Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman dan atlet berbasikal negara Azizulhasni Awang telah bersemuka dan isu yang digembar-gemburkan tentang bantuan basikal telah diselesaikan secara baik.

Kedua-duanya mengadakan pertemuan malam tadi dan mengambil pendekatan positif dengan merancang pelbagai perkara bagi pembangunan sukan di negeri ini.

Azizulhasni Dan MB Terengganu Berdamai.  Razif yang dihubungi Bernama di sini hari ini berkata beliau sentiasa berlapang dada untuk mendengar permasalahan yang berlaku akibat salah faham dan bersyukur kerana isu tersebut selesai.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya selesai,” katanya.

Pertemuan yang berlangsung selama dua jam di sebuah restoran di Kuala Lumpur turut dihadiri dua lagi atlet berasal daripada Terengganu iaitu Fatihah Mustapa (berbasikal) serta Hafifi Mansor (angkat berat).

Azizul yang memenangi pingat gangsa dalam acara Keirin di Olimpik Rio, sebelum ini dilapor sebagai berkata Ahmad Razif tidak mempedulikan permohonan pihaknya untuk membeli basikal “roadbike” untuk beliau dan Fatihah gunakan sebagai persediaan ke Rio, menerusi laman Facebook Jojo Knoxville.

Azizulhasni Dan MB Terengganu Berdamai


Manakala Razif dalam kenyataan balasnya menegaskan beliau tidak tahu menahu mengenai permohonan tersebut malah tidak pernah mengenali pengurus Azizilhasni yang dikatakan cuba berhubung dengan beliau.

Beliau turut mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) menyiasat dakwaan itu dan mengesan sekiranya berlaku sebarang salah faham.

Sementara itu ketika pertemuan tersebut, Azizulhasni yang turut mambawa seorang anaknya kelihatan mesra malah memeluk serta bersalam dengan Razif.

“Saya amat berbangga dengan kejayaan anak Terengganu termasuk Azizulhasni,” kata Razif.

Menerusi laman Facebook miliknya pula, Razif menyatakan beliau tidak pernah mengabaikan anak-anak muda daripada Terengganu dan mengakui bahawa apa yang berlaku mungkin terdapat kesilapan antara kedua-duanya.

Berikutan itu beliau memohon agar tiada pihak lain yang memperbesarkan isu itu lagi.


Azizulhasni Dan MB Terengganu Berdamai


“Malah malam tadi ketika makan malam bersama Fatehah, Azizulhasni dan Hafifi, saya menerangkan apa yang terbuku di hati saya dan saya turut mendengar setiap keluh kesah, cabaran serta pengalaman yang mereka lalui untuk berada pada tahap ini sekarang.

“Insya Allah kita akan usahakan janji yang dikatakan iaitu untuk membuka galeri yang akan mempamerkan semua kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak Terengganu termasuk mereka bertiga supaya generasi akan datang tahu jasa dan bakti yang telah mereka lakukan untuk negeri ini,” luahnya.

Azizulhasni Dan MB Terengganu Berdamai.  Sebelum ini, Razif mengumumkan Azizulhasni akan memperoleh inisiatif tertentu dan kerajaan negeri merancang pelbagai program apabila beliau pulang ke Terengganu kelak, antaranya mengadakan pameran bergerak serta memahat namanya di Muzium Negeri sebagai wira dalam kecemerlangan sukan.



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azizulhasni Dan MB Terengganu Berdamai"

Posting Komentar