Loading...

HARAP EMAS

Loading...
Chong Wei ke pentas separuh akhir
Lee Chong Wei
Lee Chong Wei - Foto Astro Awani
 
PEMAIN harapan negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan selepas menang mudah ke atas pemain Taiwan, Chou Tien Chen, 21-9, 21-15, dalam aksi suku akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio 2016 malam ini.

Chong Wei tidak menghadapi sebarang tekanan dalam perlawanan itu dan hanya mengambil masa 42 minit untuk menewaskan Tien Chen.

Dengan kemenangan ini, Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir dan dijadualkan menentang sama ada pesaing terdekatnya dari China, Lin Dan atau pemain perseorangan India, Srikanth Kidambi yang bakal bertemu sebentar lagi.

Menerusi perlawanan terakhir Kumpulan A sebelum ini, Chong Wei berjaya menduduki carta teratas dan mendapat bye pada pusingan pertama (16 pemain) lantas melayakkannya melangkah ke pusingan suku akhir.

Dalam pada itu, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Yiu Ling turut dijadualkan akan turun menentang pasangan nombor tiga dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam penentuan pingat emas pada jam 10.50 malam ini.

Peng Soon-Liu Ying dalam misi membalas dendam selepas ditewaskan pasangan Indonesia itu dengan mata 21-15, 21-11 dalam aksi Kumpulan C, Sabtu lepas. 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "HARAP EMAS"

Posting Komentar