Suspek lelaki berumur 26 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
KUALA LUMPUR: Suspek yang membunuh Noor Amila Edrus Norsyam yang dijumpai mati di Kampung Kemensah, Hulu Kelang pada Khamis lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok atas dakwaan membunuh kanak-kanak berusia lima tahun itu.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, suspek lelaki berumur 26 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
“Suspek yang merupakan warganegara Malaysia dan bekerja sebagai mekanik akan dituduh di Mahkamah Majistret esok,” katanya yang dipetik Bernama.
Beliau berkata, tahanan reman suspek pada Jumaat lalu akan berakhir esok.
Noor Amila Edrus dilaporkan hilang selepas selesai solat Maghrib di surau berhampiran rumahnya di Jinjang Utara pada 11 Ogos lalu, sebelum mayatnya ditemui di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, pada jam 12.30 tengah hari Khamis lalu.
Suspek dilaporkan adalah abang ipar tiri mangsa yang didakwa menyembunyikan Amila dalam bengkelnya dengan kaki dan tangan diikat serta mulutnya disumbat.
Tanpa sebarang makanan mahupun minuman, mangsa yang dalam kelaparan dan kesejukan itu diserang asma sebelum meninggal dunia.
Isteri suspek yang juga kakak tiri mangsa, Nazura dipetik China Press berkata, suaminya membunuh mangsa mungkin kerana dengki dan menyimpan dendam akibat tidak berpuas hati Amila terlalu dimanjakan sehingga menyebabkan dia dimaki ibu mertuanya.
Related Posts :
HARGA SAWIT bakal pulih! Negara China akan beli 3.4 juta tan metrik sawit! Himpunan Ummah cubaan apikan sentimen kaum, agama & Walaun jgn TERPEDAYA dgn agenda UmnoBN..India, Cina DAP bukan perosak TH, Mara, Felda, Felcra [Video 100 ribu rumah mampu milik akan dibina selaras Manifesto PH]Jumaat, 3 Mei 2019
Himpunan Ummah cubaan apikan sentimen kaum, agama - Muhyiddin
… Read More...
Malu Ape 'Malingku'! Cuba check ni dari parti mana ni kalau2 bukan DAP mesti PKR ni? Itupun PAS masih sokong gila melekat kaw2 dgn Umno! PH bantu lagi pekebun kecil RM500 juta! [Video 10 tahun orang menjahanam kenapa tak jerit masa tu]Jumaat, 3 Mei 2019
Pakatan Harapan Supporters
Cuba check ni dari parti mana ni...ni kalau bukan Dap mesti PKR ni..
Muka-muka suci macam ni… Read More...
[Video Zamri Vinoth vs Hindu] MANTAP! Tahniah IGP baru & Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara yang baru menggantikan Tan Sri Richard Malanjum..Sebelum ini riuh Islam terancam, Melayu tergadai sampai PAS seru solat hajat seluruh negara kerana Tan Sri Richard Malanjum jadi Ketua Hakim Negara!Jumaat, 3 Mei 2019
Hari ini Kerajaan PH melantik Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara yang baru menggantikan Tan Sri Richard Malanjum… Read More...
Rome Statute: TMJ yang dijemput pon tidak muncul dalam forum? 4 MEI NAK KUMPUL DEPAN SOGO? Maaf le, aku ADA mesyuarat PIBG..Majlis ilmu..MUFTI PUN EMOSI? Nyata ADA yang buta Dan PEKAK [Video PUNCA DANA POLITIK UMNO DISEMBUNYIKAN TERBONGKAR?]Jumaat, 3 Mei 2019
Jom Channel
1. SOROK DANA, UMNO LANGGAR AKTA PERTUBUHAN 1966. 2. PAS MENGKAFIRKAN PIHAK LAIN IKUT SUKA-SUKA. 3. STATUT R… Read More...
Pemfitnah tegar 'ABU LEMAN' KENA DAH! Dicekup di rumahnya Bemban Melaka, Tahniah SKMM & JSJK..PM sekarang dikira kuat dan selamat [Video .UMNO KENDURI DUIT PENCEN RAKYAT?]Jumaat, 3 Mei 2019
Jom Channel
1. DAULAH TERPENDAM BERSELINDUNG DI SEBALIK WAJAH WARAK? 2. AMANAH TOLAK CUBAAN WUJUD POLEMIK ISTANA-KERAJAA… Read More...
0 Response to "Kes bunuh Amila: Abang ipar tiri didakwa esok"
Posting Komentar