Loading...

MELAYU TAK BOLEH SAMPAI KEMANA KECUALI GOLONGAN TERTENTU DALAM MELAYU

Loading...

Pas: Islam benarkan pembelaan bangsa
Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Menegakkan ketuanan Melayu dan bangsa dalam skop untuk saling bantu-membantu dibenarkan dalam Islam.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dasar Islam telah menetapkan bahawa membela bangsa bukannya merupakan kesalahan dalam Islam dengan syarat ia tidak menindas bangsa-bangsa lain

"Bila kita cakap pasal ketuanan Melayu, yang jadi penguasa Melayu tapi ia jadi retorik sebab tidak diasaskan atas dasar Islam,"katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk "Politik Malaysia: "Di Manakah Melayu?" "yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), di sini,  hari ini.

Sementara itu,  Ahmad Fadhli berkata, Pas dengan Umno tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.
Tegasnya, Pas hanya bersetuju dengan Umno melibatkan beberapa perkara sahaja khususnya dalam aspek pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU355).

"Dalam isu RUU kita ucap terima kasih kepada Umno kerana mereka menyokong pindaan ini," katanya lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MELAYU TAK BOLEH SAMPAI KEMANA KECUALI GOLONGAN TERTENTU DALAM MELAYU"

Posting Komentar