Loading...
Najib Sindir Siapa Pulak Ni? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas dasar luar era Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggapnya hanya bagi meraih populariti peribadi.
“Kita pernah ada seorang pemimpin yang membawa dasar luar negara yang sengaja bersikap konfrontasi,” katanya dipercayai merujuk bekas perdana menteri yang terkenal dengan kelantangannya mengkritik kuasa besar.
Najib Sindir Siapa Pulak Ni? “Tetapi pendapat yang mengatakan ia menunjukkan Malaysia berani bersuara adalah kepura-puraan. Ia dilakukan bukan untuk kepentingan negara.
Sebaliknya, ia hanya untuk kepentingan diri sendiri, pendek akal dan merugikan diri sendiri,” kata beliau, ketika berucap melancarkan Persidangan Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (Capam), di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Mahathir ketika menerajui kerajaan selama 23 tahun kerap menjadi sasaran media antarabangsa kerana mengetengahkan isu negara membangun dan mengkritik polisi negara maju termasuk Amerika Syarikat.
Najib Sindir Siapa Pulak Ni?
Bekas perdana menteri itu juga mempunyai hubungan dingin dengan Washington, yang menjadi sasaran kritikannya di forum antarabangsa termasuk pada ucapan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bagaimanapun, pentadbiran Najib dilihat semakin rapat dengan Washington, dan ini diserlahkan lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia sebanyak dua kali.
Pada Disember 2014, Najib diundang bermain golf dengan Obama, yang menurut Najib adalah bukti hubungan rapat beliau dengan presiden AS itu.
Penganalisis percaya Obama mengharapkan sokongan Najib dalam usahanya merealisasikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), di samping mengawal pengaruh kuasa China di Asia Tenggara.
Najib Sindir Siapa Pulak Ni?
Bagaimanapun, Najib hari ini mendakwa Malaysia menyertai TPP dengan bersyarat “tanpa mengorbankan kepentingan negara”.
“Malah, dasar Bumiputera kini termaktub dalam sebuah perjanjian antarabangsa,” katanya.
Menurut Najib, dasar luarnya berlainan kerana ia mementingkan kerjasama dan bukan persengketaan.
Najib Sindir Siapa Pulak Ni? “Saya memutuskan kepentingan negara perlu mendapat keutamaan berbandingan kepentingan politik peribadi,” kata Najib, yang menganggap usaha itu membuahkan hasil.
Loading...
0 Response to "Najib Sindir Siapa Pulak Ni?"
Posting Komentar