Loading...
'Amanah alu-alukan kedatangan Bersatu'
Khalid Samad
KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah), mengalu-alukan kehadiran Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) ke gelanggan politik negara.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, pada dasarnya, Amanah menyatakan sokongan terhadap pembentukan Bersatu.
"Walaupun ia parti khas Melayu dan Bumiputera tetapi kita memandang positif kerana tidak semestinya parti demikian bersifat rasis kerana rasis itu ditakrifkan anti sesuatu kaum untuk mencintai kaum lain itu bukan rasis.
"Kami harap corak politik perkauman akan sentiasa dijauhi. Maka Amanah walaupun terbuka keahliannya, tetapi Bersatu mementingkan masa depan negara, maka kami alu-alukan,"katanya ketika sidang medianya di ibu pejabat Amanah, di sini hari ini
Mengulas lanjut, Khalid berkata parti yang rasis adalah penubuhannya adalah bertujuan untuk menentang kaum lain berbeza dengan Bersatu yang mempunyai agenda utama untuk menentang BN yang tidak perlu dilabel buruk.
"Mungkin ia satu fasa yang perlu dilalui parti politik Melayu. Kita harap Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad sebagai penaja utama membawa pendekatan seperti ini.
"Walaupun untuk satu kaum tapi bebas perkauman. Ia rasis kalau menganjur sikap anti kaum yang lain," ujarnya.
Kata Khalid lagi, Amanah menyokong kemunculan Bersatu untuk menentang rasuah yang didakwa didalangi oleh pimpinan negara ini.
Pada 9 Ogos yang lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (Ros).
Muhyiddin akan berperanan sebagai presiden parti, manakala bekas perdana menteri,Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi.
Parti yang terbuka untuk Bumiputera dan Melayu itu mendapat kritikan yang di antaranya daripada Perdana Menteri Najib Razak yang mempertikaikan bagaimana Bersatu mampu berjuang untuk orang Melayu sekiranya mereka bekerjasama dengan DAP.
Loading...
0 Response to "PERLU AWAS DENGAN PAN"
Posting Komentar