Loading...

Petanda Besar PRU14 Semakin Hampir

Loading...
Petanda Besar PRU14 Semakin Hampir. MCA sudah memuktamadkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai langkah awal untuk menawan kembali kerusi yang tidak dimenanginya pada pilihan raya umum lepas, kata presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Liow, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon yang dipilih itu.

Petanda Besar PRU14 Semakin Hampir.  “Kriteria bagi pemilihan calon kami bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. MCA perlu mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dan di Negeri Sembilan, kami sudah mengenal pasti kesemua 10 kerusi berkenaan.

“Kami membahagikan mereka kepada beberapa kategori dan meletakkan banyak tumpuan untuk memenangi semula kerusi-kerusi itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Operasi Chennah MCA di Titi, dekat sini hari ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata MCA akan meminta semula tiga kerusi Parlimen milik mereka di Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju dari UMNO.

Petanda Besar PRU14 Semakin Hampir


“Kita pinjamkan tiga kerusi parlimen kepada UMNO dan mahu dapatkannya semula. Kami yakin UMNO akan membantu MCA untuk memenangi sokongan Melayu.

“Bagi MCA kami bersedia, sebenarnya persiapan bermula sejak awal lagi. Misalnya di Pulau Pinang, jika mereka mahu adakan pilihan raya awal, kami bersedia,” katanya sambil menambah semua calon MCA adalah gabungan muka baru dan lama.

Liow berkata MCA akan bekerja keras untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina dengan terus membantu dan berkhidmat kepada rakyat, termasuk di kawasan di mana MCA tewas pada PRU lepas.

Petanda Besar PRU14 Semakin Hampir.  “Dalam Chennah, walaupun tewas semasa PRU lepas, kita tidak akan berputus asa dan akan terus berkhidmat kepada rakyat. Kami juga membawa ramai ahli MCA untuk memastikan mereka adalah pengundi di sini selain merekrut ahli-ahli MCA yang baharu, “katanya.



Iklan
Image



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Petanda Besar PRU14 Semakin Hampir"

Posting Komentar