Loading...

Polis beri kebenaran perhimpunan #TangkapMO1

Loading...

Polis telah memberi kebenaran kepada pihak penganjur #TangkapMalaysianOfficial1 untuk meneruskan perhimpunan mereka pada 27 Ogos ini.
Bagaimanapun, jurucakap kumpulan, Anis Syafiqah Mohd Yusuf berkata, mereka telah diarahkan untuk mendapatkan kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.
“Kami telah secara rasmi memaklumkan polis dan juga mengemukakan surat kepada DBKL, meminta kelulusan untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada Ogos 27.
“Dalam pertemuan itu, pegawai-pegawai DBKL meminta kami mengemukakan surat rasmi kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan selepas itu kami akan pergi ke pejabatnya,” kata Anis Syafiqah yang dipetik daripada sebuah portal liberal.
Beliau berkata, surat itu diterima oleh Penolong Datuk Bandar dan permohonan mereka akan diteliti hari ini juga.
“Pada mesyuarat itu, polis juga berkata, ‘buat masa ini anda semua (penganjur) okay saja tetapi jika apa-apa berlaku, maka kita perlu memberitahu ibu bapa dan universiti (jika terdapat apa-apa kesalahan),” katanya.
Perhimpunan itu dianjurkan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap individu yang dikenal pasti sebagai ‘Malaysian Official 1’ di dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).
Perhimpunan itu juga disokong oleh kumpulan gabungan Bersih dan kumpulan gabungan pelajar dan belia. - ismaweb
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis beri kebenaran perhimpunan #TangkapMO1"

Posting Komentar