Loading...
SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia dipercayai menjadi mangsa pertama yang telah dijangkiti oleh jangkitan virus Zika di Singapura.
Menurut akhbar Straits Times Singapura , wanita berusia 47 tahun hari ini telah diuji positif virus itu walaupun beliau tidak pernah berkunjung ke kawasan yang terjejas oleh virus tersebut, baru-baru ini .
Wanita tersebut yang tinggal di kawasan Aljunied telah diuji di Pusat Komunikasi Penyakit, Hospital Tan Tock Seng selepas mengalami gejala-gelaja seperti Zika sejak dua hari lepas.
Beliau dimasukkan ke hospital tetapi sedang beransur pulih, kata laporan itu.
Menurut kenyataan Facebook Kementerian Kesihatan Singapura , pengimportan virus Zika tidak dapat dielakkan kerana jumlah perjalanan oleh rakyat Singapura dan pelancong.
"Terdapat juga risiko jangkitan tempatan berikut kerana nyamuk vektor Aedes turut ada di sini," katanya.
Loading...
0 Response to "Rakyat Malaysia mangsa pertama di Singapura dijangkiti virus zika"
Posting Komentar