Loading...
Putrajaya: Kementerian Pendidikan akan semula melihat semula reka bentuk bangunan sekolah di Putrajaya bagi meningkatkan ciri keselamatan.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah berkenaan sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini berulang kembali.
"Hal ini kerana, reka bentuk bangunan di Putrajaya berlainan daripada rekaan konvensional disediakan Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi Putrajaya Holdings (PJH).
"Justeru, perlu lihat semula reka bentuk itu mungkin ada sedikit lagi tambahan keselamatan bagi bilik darjah sedia ada," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9(2) di sini hari ini.
Dalam kejadian 9.40 pagi hari ini, pelajar lelaki tingkatan tiga SMK Presint 9 (2) di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.
Mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.
Dalam pada itu, Mahdzir mengakui, aspek keselamatan tidak tersusun dalam bilik darjah di sekolah berkenaan; misalnya, kelas mempunyai pintu gelongsor dengan pagar menghadang antara belebas kira-kira 1.2 meter.
Terdahulu, beliau memperuntukkan masa kira-kira 20 minit melawat jenazah dan keluarga mangsa di Hospital Putrajaya.

0 Response to "Susulan pelajar jatuh tingkat 3, KPM lihat semula reka bentuk bangunan"
Posting Komentar