Loading...

Tanah di Kuala Ketil dijual kepada syarikat dari China, dakwa Mukhriz

Loading...

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan status pemilikan tanah di Kuala Ketil setelah semua aset serta anak syarikat EDRA dijual kepada sebuah syarikat dari China.

Mukhriz berkata demikian dalam sidang media di persidangan DUN Kedah, semalam.

Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam, berkata pada Februari 2016, 1MDB telah menjual EDRA dan kesemua aset tenaga dan anak syarikatnya termasuk EDRA Solar yang mempunyai kepentingan dalam projek solar di Kuala Ketil, Kedah kepada firma tenaga dari China iaitu China General Nuclear Power Corp.(CGN) dan anak syarikatnya, CGN Group dengan nilai RM9.83 bilion. 

Jelasnya, pada 5 Oktober 2014, 1MDB telah membeli kesemua 49 peratus kepentingan yang dimiliki oleh Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh Dusable dengan bayaran USD69.0 juta.

Menurut Mukhriz, pembelian kepentingan tersebut kononnya sebagai daripada pelan Tawaran Awam Permulaan (Intial Public Offering-IPO) untuk Edra Global Energy Berhad (EDRA) yang bakal dilaksanakan oleh 1MDB dan memudahkan 1MDB dan EDRA mendapat hak 100 peratus untuk menjalankan projek tenaga solar di Kuala Ketil, Kedah diletakkan di bawah EDRA.


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tanah di Kuala Ketil dijual kepada syarikat dari China, dakwa Mukhriz"

Posting Komentar