Loading...

[TANGKAP DATUK SERI, TAN SRI] Tapi Apa sudah jadi status laporan terhadap 1MDB dan Najib?'

Loading...

Tindakan demi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir-akhir ini, daripada tangkapan individu bergelar Datuk Seri kepada Tan Sri, tidak memuaskan hati semua pihak.

Bagi bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan, suruhanjaya itu hanya “jaguh” untuk kes-kes kecil tetapi tidak berani menyentuh pemimpin utama negara Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, selagi SPRM tidak bertindak terhadap Najib Razak yang membabitkan sejumlah duit yang amat besar masuk ke dalam akaun peribadinya; selagi itulah kredibiliti SPRM akan tercalar.

Beliau membangkitkan laporannya pada SPRM berkaitan dakwaan berbilion-bilion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 

Sementara itu, beliau juga membangkitkan dakwaan terbaru Muhyiddin bahawa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[TANGKAP DATUK SERI, TAN SRI] Tapi Apa sudah jadi status laporan terhadap 1MDB dan Najib?'"

Posting Komentar