Loading...
"Tanamkan semangat patriotik kpd negara. Selamat Hari Kebangsaan! Merdeka! Merdeka! Merdeka! #SehatiSejiwa" -Najib Razak, 31/8/2016.
31 Ogos sambutan kemerdekaan... rakyat dikerah kibar bendera.. tanda semangat patriotik terhadap negara..... Marilah bersama Jeneral Bersara dan kepimpinan AMENO untuk kibarkan bendera...
Krikk.. Krikk.. Krikk.
http:// http://ift.tt/IrnvO1 category/bahasa/2016/08/31/ terpalit-rasuah-ini-bukan-s kandal-pertama-landa-bank- rakyat/
31 Ogos sambutan kemerdekaan... rakyat dikerah kibar bendera.. tanda semangat patriotik terhadap negara..... Marilah bersama Jeneral Bersara dan kepimpinan AMENO untuk kibarkan bendera...
Krikk.. Krikk.. Krikk.
http://
Satu Tan Sri pengerusi bank ditahan SPRM. Akaun peribadi hampir RM1 juta.
Kenapa satu Dato' Sri MO1 pengerusi 1MDB yg miliki akaun berbilion tak ditahan?
SPRM, AWAK KAT MANA !!!
Kenapa satu Dato' Sri MO1 pengerusi 1MDB yg miliki akaun berbilion tak ditahan?
SPRM, AWAK KAT MANA !!!
Terpalit rasuah: Ini bukan skandal pertama landa Bank Rakyat
Pada 1977, pengerusi bank pada masa itu, Datuk Seri Harun Idris dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah, bersama dua lagi pegawainya.
PETALING JAYA: Penahanan Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan RM15 juta baru-baru ini, bukan skandal pertama melanda bank itu.
Pada 1977, pengerusi bank pada masa itu, Datuk Seri Harun Idris dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah, menurut laporan di The Star.
Aziz, 65, ialah salah seorang daripada 3 kakitangan bank itu yang disoal siasat berhubung siasatan kes kontrak penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan projek menaik taraf sistem bank berkenaan.
Hampir RM1 juta wang dalam akaun bank Aziz turut dibekukan sementara kes itu masih disiasat.
Harun, bekas menteri besar Selangor ditahan dan didakwa bersama pengarah urusan bank itu, Abu Mansor Basir dan pengurus besar Ismail Din.
Mereka dituduh memalsukan minit mesyuarat dengan tujuan menipu bank dengan mencagarkan sahamnya kepada First National City Bank (kini Citibank) bagi mendapatkan surat pinjaman untuk Tinju Dunia Sdn Bhd menganjurkan pertarungan Muhammad Ali vs Joe Bugner, menyebabkan Bank Rakyat kerugian RM7.9 juta.
Pada 1977, Mahkamah Tinggi memerintahkan Harun dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM15,000 kerana bersubahat dalam kesalahan pecah amanah, lapor The Star.
Abu Mansor dijatuhi hukuman 2 tahun penjara sementara Ismail dipenjarakan setahun.
Pada tahun sama, Mahkamah Persekutuan memperkukuhkan sabitan dan meningkatkan hukuman penjara Harun kepada 4 tahun, Abu Mansor kepada 3 tahun penjara tetapi mengurangkan hukuman penjara Ismail kepada sehari dan denda RM10,000.
Bagaimanapun, selepas menjalani hukuman penjara 3 tahun, Yang di-Pertuan Agong berkenaan mengampunkan Harun pada 1981, menurut laporan itu.
Kertas Putih dibentangkan di Parlimen pada Jun 1979 mendedahkan pada Disember 1975, berlaku kerugian terkumpul sebanyak RM65 juta.
Kertas Putih itu, berdasarkan kepada laporan syarikat akaun Price Waterhouse & Co memetik wujudnya penyelewengan seperti kekurangan pelan dan kajian operasi yang sempurna dan pengembangan aktiviti, kelemahan sistem dan kurang kawalan dalam aktiviti memberi pinjaman dan juga ketidakjujuran, lapor The Star.
Loading...
0 Response to "Terpalit Rasuah RM15 juta Bank Rakyat 'Tan Sri' direman! Kenapa satu Dato' Sri MO1 pengerusi 1MDB yg miliki akaun berbilion tak ditahan?"
Posting Komentar