Loading...
Kira-kira 70 peratus daripada 4,900 cawangan parti perkauman dan anti-Islam, MCA di seluruh negara didapati berada dalam keadaan hibernasi.
Menurut laporan Nanyang Siang Pau, bilangan itu diperoleh apabila satu tinjauan rambang dijalankan ibu pejabat MCA baru-baru ini.
Malah, Setiausaha Organisasi MCA, Datuk Yoo Wei How berkata, ada di antara pemimpin cawangan, termasuk pemuda dan wanita tidak tahu diri mereka adalah ketua cawangan atau ketua sayap.
“Sejak 1995 hingga 2004, MCA meraih kemenangan besar untuk 3 penggal berturut-turut. Ramai pemimpin dalam keadaan selesa sehingga mengabaikan perkhidmatan dan tidak mendekatkan diri dengan rakyat, akibatnya MCA berdepan kekalahan besar pada 2 pilihan raya umum (PRU) lalu,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Bahagian Kuala Kedah.
Beliau berkata, parti itu mempunyai 1.08 juta ahli, tetapi tindakan sesetengah ahlinya yang tidak menyokong calon MCA adalah satu daripada faktor parti itu kalah pada 2 PRU lalu.
Katanya, MCA sejak 3 tahun lalu berjaya mendapatkan 600,000 ahli dan jika mereka mengundi calon MCA pada PRU akan datang, maka ia akan dijadikan tiket deposit parti itu. - ismaweb
Loading...
0 Response to "70 peratus cawangan MCA dalam keadaan hibernasi"
Posting Komentar