Loading...
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Khairuddin Aman Razali tidak menolak kemungkinan pelantikan Datuk Ahmad Yakob sebagai Mursyidul Am PAS diadakan pada Oktober depan.
Khairuddin berkata lazimnya individu yang memangku sesuatu jawatan akan terus dilantik ke jawatan itu, begitu juga Ahmad.
Ahmad, buat masa ini sedang memangku jawatan mursyidul am PAS, selepas kematian penyandangnya, Datuk Dr Haron Din akibat komplikasi jantung, minggu lalu.
"Kebiasaannya kita akan bermesyuarat dua bulan sekali. Ikut jadual (mesyuarat akan datang) pada bulan 10.
"Selalunya pemangku akan terus dilantik menjadi Mursyidul Am," demikian menurut Khairuddin ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Khairuddin bagaimanapun memberitahu tarikh mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS bagi pelantikan tersebut belum ditetapkan.
Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan pada Rabu lalu menolak jawatan Mursyidul Am PAS, sekaligus hanya ingin kekal sebagai timbalan mursyidul dan memberi laluan kepada individu yang lebih layak menggantikan Allahyarham Haron.
Loading...
0 Response to "Ahmad Yakob mungkin dilantik Mursyidul Am PAS Oktober depan"
Posting Komentar