Loading...

Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi..

Loading...
Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi. Rakyat negeri Kedah masih lagi ternanti-nanti bila agaknya kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau Kulim International Airport (KXP) yang dilaung-laungkan sejak pilihan raya 2013 lagi akan menjadi kenyataan.

Rata-rata mereka percaya dengan adanya kemudahan ini ia akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan juga ekonomi negeri Kedah.

Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi. Namun begitu setelah hampir empat tahun, rakyat Kedah sudah dapat merasai bahawa ini semua merupakan janji-janji pilihan raya yang tidak mungkin dapat dilaksanakan walaupun Datuk Seri Mukhriz telah digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar.

Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Asmirul Anuar Aris (gambar bawah), selepas Mukhriz ditolak oleh Najib dengan meletakkan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baru, projek yang kononnya direstui oleh Perdana Menteri itu didakwa akan diteruskan.


Namun begitu sehingga kini, status pembinaan lapangan terbang tersebut masih menjadi tanda tanya samada ia adalah fakta atau auta.

"Apakah kerajaan BN Kedah mampu menampung kesemua kos pembinaan sedangkan kita tahu bahawa kerajaan negeri mengalami masalah kewangan yang amat teruk.

Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi


"Sehingga kini hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat mencecah hampir RM2bilion unutk pembinaan dan projek-projek di negeri Kedah sebelum ini.

"Adakah kerajaan pimpinan Ahmad Bashah akan menambah hutang kepada kerajaan pusat lagi, " katanya.

Malah tegasnya lagi, Pemuda Amanah Kedah mencabar Menteri Besar untuk mengumumkan status pembinaan lapangan terbang tersebut dengan segera tanpa menyembunyikan apa jua fakta terkini.

"Dengan hutang negara yang melebihi RM847 bilion ketika ini, apakah Najib selaku Perdana Menteri akan menambah hutang lagi untuk pembinaan KXP.

"Slogan semenjak zaman pemerintahan Datuk Seri Syed Razak lagi selaku Menteri Besar mewar-warkan akan menjadikan Kedah Maju 2010.

"Selagi ia diterajui oleh Umno dan BN, maka selagi itulah ia hanya retorik semata-mata kepada rakyat negeri Kedah.

"Apakah laungan selama ini oleh kerajaan negeri hanya merupakan umpan untuk mengaburi mata rakyat setiap kali pilihan raya menjelang akan sekali lagi dikumandangkan menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti, " ujarnya.

Asmirul juga berkata, oleh kerana itu rakyat negeri Kedah mesti bangkit dan sedia untuk membuat perubahan secara drastik.

Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi


Tambahnya lagi, pelbagai kemelut yang sedang melanda Umno kini telah menyerlahkan lagi kelemahan mereka dalam memimpin negeri maupun Putrajaya.

Sehubungan itu katanya, rakyat negeri Kedah wajib menolak kepimpinan Umno dan BN untuk menerajui Kedah sekali lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang tidak lama lagi.

"Rakyat Kedah mesti bangun dan segera bangkit untuk membuat perubahan.

"Yakinlah tanpa Umno dan BN, masih ada Amanah dan Pakatan Harapan untuk memberi pembelaan kepada rakyat.

Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi. "Menolak Umno dan BN, akan menyelamatkan negeri Kedah dan juga negara dari terus menyiksa dan membebankan rakyat dengan pelbagai korupsi dan birokrasi berat sebelah yang menjadi amalan kerajaan sedia ada, " tegasnya lagi. 




Iklan





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Akhirnya Auta Kerajaan Umno BN Terbarai Lagi.."

Posting Komentar