Loading...

Apandi baguih punya gencok dengan Pak2 Menteri...

Loading...
Peguam Haniff Khatri memuat naik rakaman video memaparkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menari bersama sekumpulan menteri dan mempersoalkan tingkah laku itu.

Malah, kata peguam Tun Dr Mahathir Moahamad itu, Apandi turut memakai pakaian mirip menteri, sekali gus menampilkan “tingkah laku boleh dipersoal” berhubung kemungkiran konsep dan prinsip keadilan asasi.

Kata Haniff, dalam konsep itu, keadilan bukan sahaja dilakukan, namun hendaklah nampak dilakukan dan perhubungan peguam negara hendaklah di tahap profesional tertinggi.

“Tingkah laku di khalayak ramai dalam bernyanyi bersuka-ria oleh peguam negara dengan menteri-menteri kabinet kerajaan, antara lain, pastinya menampilkan kerisauan sah di minda mana-mana rakyat prihatin yang munasabah, akan kebolehan peguam negara untuk membuat keputusan adil dan saksama berhubung mana-mana siasatan terhadap perdana menteri mahupun mana-mana menteri kabinet kerajaan, berhubung kemelut terkini yang kita sama-sama hadapi?” katanya.

Haniff mencabar peguam negara memberi komen berhubung perkara itu.- mk

What is the AG doing dancing with ministers?

Image result for being circled
Najib sedang dikepong...

Tulisan ini gua tujukan kepada kawan-kawan gua yang baru hendak memahami politik Malaysia. Tulisan ini juga gua tujukan  sebagai alat pencerahan kepada anak-anak muda mahasiswa yang mahu menangkap Malaysian Official 1.

Paling penting tulisan ini gua tujukan kepada para YB  - yang jantan dan yang betina  - dari Pakatan Harapan. Juga untuk sesiapa saja yang sedang mengumpul duit untuk dijadikan modal bertanding dalam PRU14. Dalam istilah politik anak muda mereka  yang bermimpi  dan berniat nak jadi YB ini dikenali sebagai YB Wanabee.

Kepada YB Wanabee ini gua harap mereka akan membaca tulisan ini berkali-kali. Ini penting sebelum mereka jual tanah atau pecah tabung buluh. Bertanding dalam pilihanraya ini bukan murah. Nak jadi YB ini bukan pekara enteng.

Kepada mereka semua anggaplah tulisan gua ini sebagai amal jariah. Gua lakukan dengan ikhlas  tanpa meminta dedak dan sekam.

Ramai yang berkata bahawa politik ini adalah seni kemungkinan. Dalam politik semua mungkin berlaku.  Tapi gua tak seratus peratus bersetuju dengan pandangan ini. Untuk gua politik di Malaysia pada ketika ini ialah  politik menyelamatkan Najib.

Semua yang berlaku di Malaysia pada ketika ini  bertujuan untuk menyelamatkan Najib. Malah ketika  menyambut kemenangan pilihanraya kecil di Sungai Besar - Ku Nan telah  melondehkan seluar. 

Ramai tidak sedar babak londeh  ini pun adalah sebahagian dari taktik strateji untuk menyelamatkan Najib. Bila seluar Ku Nan terlondeh orang ramai  ketawa terbahak-bahak apabila ternampak Budak Kecik milik Ku Nan hingga  terlupa tentang Najib yang sedang dikepong.

Dikepong  bukan bermakna Najib dan Rosmah sudah jual rumah dan pindah  ke Kepong untuk lebih rapat dengan pengundi China. Mustahil ini akan berlaku.

Najib sedang dikepong bermakna Najib sedang dikelilingi. Ini bermakna Najib seorang diri dalam bulatan dan ramai orang  disekeliling bulatan melaung-laung dan menjerit-jerit. Orang ramai ini makin lama makin rapat datang untuk mencekik Najib. Orang ramai tidak berkeupayaan untuk  mencekik Rosmah kerana Rosmah tidak ada leher.Khalas.

Jangan silap faham. Najib belum kena cekik lagi. Ini metapora. Ini contoh untuk pembaca memahami apa yang gua gambarkan dengan ayat: Najib sedang dikepong. Siapa orang orang yang hendak mencekik Najib? Siapakah yang sedang mengepong Najib? Gua tidak tahu sama ada Zahid Hamidi dan Hisham Hussein  hendak cekik Najib atau tidak. Yang ini belum bagitu jelas.

Apa yang jelas ialah ada satu kumpulan bernama Gerakan Tigma. Gerakan Tigma  - 3M dan 1A - dikepali oleh  ialah Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan Adfal. Gua rasa hal ini satu dunia sudah tahu. Gerakan Tigma ini adalah musuh tradisional Najib. Kumpulan ini semakin berkembang dibawah pimpinan Yang Amat Mulia Tun Mahathir. Tujuan Gerakan Tigma ini cukup jelas. Mereka mahu Najib berundur sebelum PRU14. 

Ini kerana dari bacaan mereka jika Najib memimpin PRU14 maka United Malays National Organisatioan kan lingkup. Pada bacaan Mahathir parti Ketuanan Melayu ini telah hilang punca. Ianya bukan lagi parti untuk Melayu tetapi parti untuk Najib dan Rosmah.

Dari luar negara pula Najib menghadapi dua media antarabangsa yang  tak henti-henti menibai Najib. Serangan media luar ini sedang memaksa Najib menelan air ketum siang dan malam. 

Media luar negara ini bukan kecik anak. Ini media bertaraf dunia. Media ini  melalui laporan berita boleh  menaikkan dan menjatuhkan Presiden di Amerika atau mana mana  Presiden atau Perdana Menteri dalam dunia ini.  Ini bukan Baca Ria atau Sinar atau Utusan.

Akhbar  yang menyerang Najib ini  bernama The Wall Street Journal (WSJ) yang berpengkalan di New York. Akhbar WSJ semenjak 3 tahun  tanpa rehat terus menerus mengeluarkan tulisan yang membocorkan semua rahsia gelap Najib. Akhbar ini secara teperinci telah membocorkan tipu helah Najib merembat duit 1MDB. Pembocoran demi pembocoran rahsia Najib ini ini telah menakutkan Ku Nan. Lalu Mat Londeh ini  menuduh bahawa WSJ ini diupah oleh Mahathir Muhamad.

Selain dari WSJ ada satu portal berita bernama Sarawak Report (SR) yang berpengkalan di London. Ini juga satu media yang hebat. Portal SR terus menerus mendapat maklumat saheh tentang kerja dalaman pentadbiran Najib. SR melaporkan bahawa Najib akan ditangkap kerana  kes rasuah. SR melaporkan Kevin disimin kerana mendiang ini tahu tentang kertas tuduhan terhadap Najib. SR tahu number akoun Najib di AMBank. Pelik tetapi benar - semua ini dilapor oleh Sarawak Report.

Portal internet ini  terbukti hebat sahinggakan Raja Petra - Raja Putar Alam - terpaksa menulis minta maaf kepada SR kerana satu laporan berita Raja Putar yang  terbukti palsu. Jeng jeng jeng - pada 20 Julai yang lalu muncul  satu  lagi pasokan yang amat kuat menibai Najib. 

Kumpulan ini dikepalai oleh Peguam Negara Amerika yang bekerja sama dengan pasukan Federal Bureau of Investigation (FBI). Puan Loretta Lynch - Peguam Negara sedang menyiasat kes Najib/1MDB dengan bantuan Encik Andrew Maccabe Timbalan Pengarah FBI. Puan Loretta dan Encik Andrew ini adalah pasukan yang maha hebat dari Amerika. Kalau pasukan ini  ke Olympic Rio pasti mereka  akan mengondol berbelas-belas  pingat emas.

Justeru mustahil Najib tidak gentar. Mustahil Rosmah tidak sedar. Mustahil kaum keluarga Najib tidak  tahu. Mustahil ahli United Malays National Organisation tidak terdengar berita ini. Pekak sepekak badak pun pasti ada tercium berita berbilion-bilion duit 1MDB  masuk ke akaun pribadi Najib.

Sebanyak mana pun dedak ditabur mustahil  berita Puan Loretta Lynch Peguam Negara Amerika tidak sampai ke telinga itik oppsss..maaf .. ke telinga pemimpin  Majlis Tertinggi Parti Ketuanan Melayu. Orang Belgium kata: impossib. Mustahil tidak terdengar. Yang gua nyatakan  disini hanya tiga kumpulan induk yang secara berterusan sedang menyerang Najib bertalu-talu. Semua mahu Najib berundur. Semua mahu Najib didakwa.

Ini belum lagi termasuk ratusan NGO yang juga sedang menyebarkan maklumat untuk menyingkirkan Najib. Contoh terbaik ialah  Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM). Ini satu kumpulan bekas ahli parti  Bani Ketuanan Melayu yang telah murtad. Ahli-ahli GKCM kini mula menyerang Najib imam besar parti lama mereka.

Gerak kerja GKCM ini disambut oleh Kumpulan Tangkap MO1 terdiri dari pelajar dan  anak muda, Kelab Tak Sokong Najib, Gerakan Anti Rambut Rosmah, Peminat Karton Zunar, JAMS - Jaringan Anak Muda Sarawak dan beratus lagi kumpulan dan sosok individu yang mahu Najib dan Rosmah masuk penjara.

Apa yang gua tulis ini bukan adaian. Ini memang sentimen diseluruh Malaysia. Hari ini ke mana sahaja gua pergi orang akan bertanya - bila Najib nak ditangkap? Juteru apa yang wajib Najib lakukan? Kalau lu Najib apa yang akan lu lakukan?  Lu jangan ingat Najib bodoh. Lu jangan ingat  Najib bebal politik. Lu jangan ingat Najib tak melawan.

Kalau gua Najib gua tahu apa yang akan gua lakukan. Kalau gua Najib apa yang akan gua lakukan akan memeranjatkan para pembaca.

Pertama: Gua akan tabur dedak. Ini cara tradisional dari zaman kerajaan Melayu Melaka lagi. Kaki bodek istana akan diberi Persalinan. Sosok yang berani melawan atau  memperlekeh Sultan Melaka akan diberi gelaran Datuk. Mereka akan senyap dengan pangkat dan gelaran. Mereka akan diberi peluang untuk cium tangan Sultan. Silap-silap hari bulan  ketika masuk ke Istana ternampak Inang dan Sida. Kalau bintang menyerlah mungkin dapat  gundek dan  dapat berbinikan Inang Istana. 

Hari ini semua  yang sedang dilakukan oleh Najib tidak  jauh bezanya dari taktik strateji Kesultanan Melayu Melaka. Kaki bodek naik pangkat. Kaki bodek dapat gelaran Datuk dan  Datuk Seri. Yang cuba melawan dinaikkan pangkat jadi Menteri.  Yang cuba-cuba buat bising dijanji  dapat kerusi YB. Kaki ampoo  dapat projek. Kaki bodek Najib dapat cium tanga Najib. Kaki jilat yang afdal dan terpilih khas akan  dapat cium tangan Rosmah. Dapat  bau bincat pun okay.

Pembaca akan bertanya -mana inang dan gundek  istana untuk dinikahi?  Sabar dulu biar gua terangkan. Inang  dan gundek Istana zaman ini ialah pengacara Tv, Radio, pelakon Tv, pelakon drama swasta - semua ini adalah akan jadi para gundek moden. Lu ada faham apa gua tulis?  

Kedua: Gua tahu Najib tahu jika Menteri atau pemimpin United Malays National Organisation bersuara mempertahankan Najib tidak ada sesiapa percaya.  Tidak ada siapa ambil pot. Media Prima hanya indah khabar dari rupa. Akhbar   Utusan milik United Malays National Organisation kini telah jatuh muflis. Bukan sahaja tidak ada pembaca malah gaji para pekerja juga ada yang masih belum tuntas.

Kalau gua Najib dalam keadaan terkepong. Dalam keadaan cemas - gua wajib menyelamatkan diri. Najib diserang oleh media. Najib diserang oleh NGO. Maka kalau gua Najib gua juga akan gunakan media dan Ngo untuk menyerang kembali. Gua akan munculkan banyak portal yang menyamar sebagai portal anti-kerajaan pada awalnya kemudian perlahan-lahan muncul untuk mempertahan Najib. 

Kerana gua diserang dari luar maka gua akan hantar macai ke Australia, ke United Kingdom atau ke Amerika. Di negara ini gua akan tabur dedak kepada penulis blog kokak untuk menaikan nama Najib. Untuk menyerang Mahathir. Dan untuk menyerang  Puan Loretta Lynch.

Bukan susah untuk mengupah saekor  lawyer buruk di Australia untuk bersuara mempertikaikan kerja Perguam Negara Amerika. Tidak ada sesiapa di Malaysia tahu bahawa Peguam ini sebenarnya tidak pernah ada pelanggan. Peguam ini hidup dengan duit ‘dole’ - duit bantuan penganggur.

Ketiga:  Senjata gua ketiga aini adalah senjata  bergenre nuklear. Gua akan ledakan bila tiba masa dan ketika. Semua musuh Najib akan menggelupur. Kalau gua Najib gua wajib menang besar dalam PRU14.  PRU yang akan datang ini adalah senjata nuklear Najib.  Hendak tahu cara Najib menang besar  dalam PRU14 tunggu minggu hadapan.- Tukar Tiub

How $1 Billion Made Its Way to Najib...

Investigators say at least $3.5 billion was misappropriated from 1MDB. Here’s how they believe $1 billion ended up in the bank accounts of Malaysian Prime Minister Najib Razak.

Every time Malaysian government investment fund 1Malaysia Development Bhd, or 1MDB, borrowed money, large amounts of the cash were quickly misappropriated, according to investigators. The money followed a circuitous path among private banks, offshore companies and funds, bank records show, and roughly $1 billion landed in the private bank accounts of Malaysian Prime Minister Najib Razak.

That cash is part of $3.5 billion that was embezzled from 1MDB, according to a U.S. Justice department complaint. Investigators from seven countries are trying to figure out what happened to the money and the U.S. moved to seize $1 billion in property in July, including luxury real estate in New York and Beverly Hills, a private jet and art allegedly purchased with 1MDB money. Singapore has charged a banker with money laundering in relation to 1MDB and Abu Dhabi has arrested and frozen the assets of a top official who was deeply involved with the fund. The banker and the official haven’t commented.

This interactive graphic tracks the route that investigators believe the money took from the time it was raised by 1MDB until it landed in the private bank accounts of Mr. Najib at AmBank Bhd., a Malaysian bank, between 2011 and 2015.

The money was raised on three separate occasions and took three separate paths, sometimes flowing directly, while in other cases it split and took different routes, only to be reunited in the AmBank accounts according to the Justice Department complaint. The cash flowed through Singapore, Switzerland, Saudi Arabia, Thailand, the Seychelles, the British Virgin Islands and Curaçao. Other funds disappear, often into accounts controlled by other players in the scandal, the complaint said.

This description is based on bank-transfer documents, investigative files from two countries, people familiar with transactions and the 136-page Justice Department complaint, which is seeking to seize assets bought with funds misappropriated from 1MDB.

Mr. Najib hasn’t acknowledged all of the transfers into his accounts, but he said that $681 million was a legal donation from the royal family of Saudi Arabia and the Malaysian attorney general agreed with that explanation, clearing him of any wrongdoing. Mr. Najib said he returned most of the funds to the Saudi Arabian donor. 1MDB has denied wrongdoing and said it would cooperate with any lawful international investigation.

According to the Justice Department, the money went back to the offshore company that originally sent it to Mr. Najib’s accounts, and from there it was used to fuel other investments and spending by a Malaysian financier allegedly at the center of the scheme named Jho Low. A lawyer for Mr. Low declined to comment.

A portion of the money from 1MDB passed through Saudi Arabia on its way to Mr. Najib's accounts and $80 million appears to have been transferred by the Ministry of Finance in Saudi Arabia. The origin of the rest of the Saudi money is still under investigation.

TRANSACTION 1 THE SAUDI ARABIAN OIL-VENTURE MONEY...

HOW THE MONEY WAS RAISED

1MDB borrowed about $1.8 billion for a joint venture with Saudi oil company PetroSaudi International Ltd.

WHAT HAPPENED TO THE MONEY

About $1 billion of the cash went to a Seychelles company called Good Star Ltd.

HOW THE MONEY GOT TO MR. NAJIB'S BANK ACCOUNTS

A co-founder of PetroSaudi, Prince Turki bin Abdullah, received $24.5 million from Good Star before transferring $20 million to Mr. Najib via an intermediary, according to the Justice Department and a person familiar with the U.S. investigation into 1MDB. The same intermediary sent other funds into Mr. Najib’s accounts, bank transfer documents show, but the origin of the funds is still under investigation. PetroSaudi, Prince Turki and Prince Faisal did not respond to requests for comment.

TRANSACTION 2 - THE POWER-PLANT MONEY...

HOW THE MONEY WAS RAISED

Two bonds worth a total of $3.5 billion were sold for 1MDB by Goldman Sachs to fund the purchase of power plants.

WHAT HAPPENED TO THE MONEY

After paying a substantial fee to Goldman, 1MDB was supposed to pay money for a guarantee on the bonds to a unit of Abu Dhabi's International Petroleum Investment Company called Aabar Investments PJS. Instead, the funds went to the similarly named Aabar Investments PJS Ltd., a British Virgin Islands registered company that IPIC says isn’t part of its corporate structure, which received billions of dollars from 1MDB entities over the years. The money was then distributed to beneficiaries of the alleged fraud, according to the Justice Department.

HOW THE MONEY GOT TO MR. NAJIB'S ACCOUNTS

From Aabar BVI, about $637 million went to a company called Blackstone Asia Real Estate Partners in the British Virgin Islands, where it was pooled with other funds. Blackstone has no connection to the Blackstone Group, the New York private-equity firm.

Another $463 million went from Aabar BVI to two mutual funds in the Caribbean island of Curaçao and then onto Blackstone Asia Real Estate Partners, which transferred a total of $170 million to Mr. Najib’s bank accounts in multiple transactions during 2012, bank transfer documents show.

TRANSACTION 3 - THE ABU DHABI REAL-ESTATE MONEY...

HOW THE MONEY WAS RAISED

1MDB sold $3 billion in bonds via Goldman Sachs to fund a real-estate joint venture with Abu Dhabi.

WHAT HAPPENED TO THE MONEY

Immediately after paying Goldman Sachs its substantial fees, 1MDB transferred nearly half of the cash to a series of funds, shell companies and other intermediaries located in the British Virgin Islands and Curaçao. Eventually $1.27 billion ended up in a British Virgin Islands company called Tanore Finance Corp.

HOW THE MONEY GOT TO MR. NAJIB'S ACCOUNTS

Tanore transferred $680 million to Mr. Najib’s accounts. A few months later, $620 million was returned to Tanore before disappearing back into a maze of offshore companies, according to the Justice Department and investigative documents reviewed by the Journal.

THE LAST STEP - THE FOUR PATHS INTO THE PRIME MINISTER’S BANK ACCOUNTS

HOW IT GOT TO MR. NAJIB’S ACCOUNTS

Of the $1.05 billion Mr. Najib received in his accounts, only $80 million appears to clearly originate with Saudi Arabia, via its Finance Ministry, though the details of that transfer are still unknown. Another $120 million that came via an intermediary based in Saudi Arabia are still under investigation, according to a person familiar with the U.S. investigation. At least $20 million of that $120 million has been traced clearly back to 1MDB by investigators. The remaining $850 million came via Tanore Finance and Blackstone Asia, and has been traced back to 1MDB by investigators, according to people familiar with the probe.

WHAT HAPPENED TO THE MONEY

Mr. Najib used the money in his AmBank accounts for personal and political spending, according to investigative documents reviewed by the Journal that detail more than 500 transactions. He wrote checks to politicians in his political party and also paid millions of dollars for personal expenses, including $130,625 at a Chanel store in Hawaii and €750,000 at a jewelry store in Switzerland. - WSJ

http://ift.tt/2bKNJwu
Jamal sahkan UMNO amal politik wang...
Story kat SINI dan SINI  


cheers.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apandi baguih punya gencok dengan Pak2 Menteri..."

Posting Komentar