Loading...
Ahmad mahu kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am
Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berharap akan kekal sebagai timbalan sekali gus memberi laluan kepada mereka yang lebih layak.
Menurutnya, ramai lebih layak mengisi kekosongan jawatan Mursyidul Am dan menggantikan Allahyarham Dr Haron Din yang meninggal dunia Jumaat lalu.
"Kalau boleh saya nak terus kekal menjadi Timbalan Mursyidul Am sahaja.
"Sehingga kini saya masih lagi sebagai Timbalan Mursyidul Am dan mohon sahabat lain ambil jawatan itu, " katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang mengaitkan dirinya sebagai bakal pengganti Haron berdasarkan hierarki ditetapkan Majlis Syura Ulama.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mursyidul Am Pas, Ahmad Yakob?]
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau mempunyai banyak komitmen lain termasuk Pesuruhjaya Pas negeri serta Menteri Besar yang perlu diberi tumpuan.
"Bagaimanapun perkara ini saya serahkan kepada 15 ahli Majlis Syura Ulama yang akan memutuskannya dalam mesyuarat pertama mereka nanti," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Ahmad berkemungkinan dilantik menggantikan Haron berdasarkan amalan parti berkenaan sebelum ini yang menetapkan timbalan akan mengambil alih sekiranya berlaku kematian.
Haron,76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Loading...
0 Response to "BAGI ORANG LAIN LA"
Posting Komentar