Loading...
'Masih awal untuk bincang strategi'
Abdul Hadi Awang
MARANG - Pas belum dapat membuat keputusan berhubung dengan cadangan agar pembangkang mewujudkan kerjasama melalui strategi satu lawan satu untuk menentang BN dalam menghadapi PRU14.
Walaupun pembangkang sedang hangat membincangkan mengenai cadangan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan keadaan masih terlalu awal untuk membuat keputusan.
“Masih terlalu awal, pilihan raya belum lagi, belum diumumkan, belum lagi bubar kerajaan, terlalu awal kita hendak buat keputusan. Parti-parti politik pun dalam keadaan tidak menentu. Pas perlu berhati-hati untuk bekerjasama dengan semua pihak.
“Cuma langkah kita sekarang ialah (untuk) memperkenalkan politik matang dan sejahtera berdasarkan kepada ‘ta’awun’ (kerjasama) iaitu tolong-menolong dalam perkara baik dan tidak tolong -menolong dalam perkara yang tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, penganalisis politik Dr Rosdi Omar berkata, strategi satu lawan satu yang dicadangkan pembangkang mungkin tidak akan berlaku pada PRU14 kerana permuafakatan antara parti pembangkang jelas goyah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Idea satu lawan satu susah jadi kenyataan]
Katanya lagi, amat sukar Amanah dan Pas bekerjasama memandangkan pemimpin kedua-dua parti ini saling tuduh-menuduh dan berlumba untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
Loading...
0 Response to "BERSATU,PKR,PAN,DAP SUDAH CUKUP KUAT, TAK PERLU PAS CAMPUR PEMBANGKANG"
Posting Komentar