Loading...

CINA BANYAK BUAT GANGGUAN TERHADAP KEPERCAYAAN ISLAM

Loading...

Perpaduan negara musnah kerana hudud?
Gan Ping Sieu
Gan Ping Sieu

SHAH ALAM – Perpaduan di negara ini bakal musnah sekiranya Kelantan diberi kebenaran untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut.

Ketua pasukan Perlaksanaan Dasar dan Undang-undang Syariah, MCA Pusat, Gan Ping Sieu mendakwa, sekiranya Kelantan diberi kebenaran, negeri lain seperti Sabah dan Sarawak katanya, pasti akan berasa tidak selesa dengan pelaksanaan itu.

“Saya risau dengan perpecahan negara kita ini.

“Sekiranya kita tingkatkan bidang kuasa hukuman, macam mana kita boleh yakinkan yang hudud ni tidak akan dilaksnakan,” katanya ketika Wacana Sinar Harian Siri 41, 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi' yang diadakan di Auditorium, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), hari ini.

Dalam pada itu, Ping Sieu berkata, beliau berasa risau dengan pindaan tersebut memandangkan isi kandungannya masih belum diketahui secara umum.

Malah beliau turut memaklumkan bahawa kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini juga hanya menjelaskan secara umum bahawa pelaksanaan ini mengikut ajaran syariah.

“Tindakan sebilangan ahli-ahli politik yang menggunakan agama dan menggesa masyarakat Islam lain untuk menyokong pindaan ini harus dibimbangkan.

“Mereka berkata semua masyarakat Islam harus menerima pindaan ini tapi apa yang hendak disokong dan isi kandungannya juga masih belum jelas,”katanya.

Oleh sebab itu, Ping Sieu mejelaskan bahawa tindakan berkenaan adalah tidak adil buat masyarakat lain yang turut menetap di negara ini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "CINA BANYAK BUAT GANGGUAN TERHADAP KEPERCAYAAN ISLAM"

Posting Komentar