Loading...

DAP TAKUT KALAH, MEREKA SEKARANG CEMAS

Loading...

Persempadanan: DAP tak bincang dengan Pas
Tony Pua
Tony Pua

KUALA LUMPUR – DAP Selangor hari ini menegaskan pihaknya tidak mengadakan perbincangan dengan Pas mengenai kerusi yang bakal terjejas susulan cadangan persempadanan semula yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya, Tony Pua berkata, DAP sebaliknya lebih bertumpu kepada cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri lebih awal iaitu sebelum cadangan tersebut diselesaikan.

“Tiada perbincangan antara DAP dengan Pas tentang kerusi. Kalau berlaku tiga penjuru (dalam pilihan raya), itu akan diselesaikan nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, hari ini.


Ahad lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada keperluan untuk pilihan raya awal diadakan di negeri itu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata kerajaan negeri pimpinannya akan terus bekerja hingga tamat tempoh lima tahun penggal pentadbiran.

Tony juga menegaskan pihaknya kini sedang menyempurnakan proses bantahan ke atas cadangan tersebut.

“Kami sedang usaha menyiapkan bantahan penuh terhadap cadangan SPR dalam masa tiga minggu ini,” katanya lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP TAKUT KALAH, MEREKA SEKARANG CEMAS"

Posting Komentar