Loading...

Datuk Seri Khairuddin Serah Memorandum TUNTUT Peguam Negara LETAK JAWATAN dalam tempoh 24 jam

Loading...
Siri : 299
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

PERKEMBANGAN TERKINI DALAM MISI PERJUANGAN " DEMI NEGARA TERCINTA " SETAKAT PADA 05.09.2016 :

1. Pagi tadi, 05.09.2016, DS KHAIRUDDIN telah menyampaikan satu utusan/memorandum kepada TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI, melalui pegawai-pegawai PEJABAT PEGUAM NEGARA menuntut TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI, meletakkan jawatan beliau sebagai PEGUAM NEGARA MALAYSIA pada kadar serta-merta, yakni dalam tempoh 24 jam dari tarikh serahan utusan/memorandum tersebut !!

2 Sekiranya TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI gagal untuk meletakkan jawatannya maka, utusan/memorandum tersebut dengan jelas menyatakan bahawa penandatangan utusan/memorandum tersebut akan mengambil segala langkah yang perlu di sisi undang-undang, untuk menentukan TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI adalah DILUCUTKAN dari jawatannya sebagai PEGUAM NEGARA MALAYSIA !!

3. Asas tuntutan di dalam utusan/memorandum tersebut adalah tingkahlaku TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI dalam MAJLIS SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA pada 31.08.2016, seperti yang dipaparkan dalam kelip video 25 saat yang berada dalam edaran luas media massa sosial, dan berkaitan dengan Siri : 291 & 297 dalam timeline fb di sini !!

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Datuk Seri Khairuddin Serah Memorandum TUNTUT Peguam Negara LETAK JAWATAN dalam tempoh 24 jam"

Posting Komentar