Loading...

HANYA ORANG UMNO ATAU X UMNO TAHU BAHAWA UMNO ITU SUKA BUAT FITNAH

Loading...

Fitnah budaya Umno, dakwa Muhyiddin
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Umno didakwa menjadikan budaya memfitnah sebagai perisai bagi melindungi, memesongkan dan mengalihkan perhatian rakyat.

Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad terhadap dirinya adalah tidak benar.

“Itu idea terdesak beliau jika dilihat daripada dakwaan tentang cerita-cerita seks. Kisah ini pula dipopularkan oleh blogger buruan kini menjadi senjata digunakan oleh penasihat dan penyokong Najib untuk menyerang saya.

“Bak kata pepatah Melayu, biarkan Si Luncai terjun dengan labunya, biarkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, masalah peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi masalah parti.

“Akhirnya rasuah Najib menjadi imej rasuah Umno. Perkara itu ditentang saya sewaktu berada dalam Umno dan mahu parti itu berdiri demi kebenaran , keadilan serta tidak digunakan sebagai perisai Najib,” katanya.

Jelasnya, usahanya menanam kebenaran dalam Umno dibutakan oleh kesetiaan individu seperti  Tengku Sarifuddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno yang lain.

“Harga yang dibayar untuk kesetiaan saya selama ini adalah dipecat daripada parti sedangkan saya ahli sebelum Najib,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan yang didakwa menyebut berkaitan Malaysian Official 1 dan perdana menteri perlu diperjelaskan.

“Apa yang menyedihkan kita masih mempunyai orang-orang seperti Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan (Tengku) Sarifuddin yang mahu orang Melayu dan rakyat negara ini percayai perkara sebaliknya.

“Jangan ingat orang Melayu dan rakyat Malaysia boleh diperbodohkan dengan kata-kata Rahman. Jangan alihkan ia sebagai teori konspirasi khayalan,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "HANYA ORANG UMNO ATAU X UMNO TAHU BAHAWA UMNO ITU SUKA BUAT FITNAH"

Posting Komentar