Loading...

[KADAR FAEDAH 18% DAH MACAM KAD KREDIT] Pemaju bukan Ah Long, mereka bina rumah kata bekas presiden Rehda

Loading...
Pemaju perumahan lebih suka menggunakan wang yang ada untuk membina lebih banyak rumah, bukannya memberi pinjaman wang kepada pembeli rumah, kata bekas Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Ng Seing Liong.
“Kami bukannya Ah Long. Tidak seperti bank, pemaju juga tidak dibenarkan mengambil deposit daripada pembeli,” katanya pada Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan ke-19, hari ini.
Ng berkata demikian sebagai mengulas cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang mengumumkan pemaju dibenarkan memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada pembeli hartanah, berkuat kuasa hari ini.
Kadar faedah bagi pinjaman itu tidak melebihi 12% setahun untuk pinjaman bercagar dan 18% bagi peminjam tanpa cagaran.
Noh berkata, kerajaan membenarkan pemaju menyediakan pinjaman perumahan sehingga 100% untuk mengatasi kesukaran pembeli mendapatkan pinjaman bank dan ia terbuka kepada semua orang, termasuk pembeli rumah kedua.
Siva Shanker
Siva Shanker
Sementara itu, Ketua Pelaburan untuk Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Axis Berhad dan bekas Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker berkata, bank patut dibenarkan menjalankan perniagaan mereka, manakala pemaju pula fokus kepada pembinaan hartanah.
Katanya, kadar faedah 18% juga terlalu tinggi.
“Ini adalah kadar faedah yang dikenakan kad kredit. Mereka yang tidak boleh dapat pinjaman bank disebabkan rekod buruk, tetapi terpaksa membayar kadar faedah 18% kepada pemaju.
“Adakah kerajaan membuat peraturan ini untuk membantu pasaran atau menghukum orang miskin?
“Orang kaya mendapat pinjaman pada kadar faedah 4% daripada bank, manakala orang miskin mendapat pinjaman dengan faedah 18%.
“Bukankah ada sesuatu yang tidak kena di sini?” soal Siva yang berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji melonggarkan peraturan pinjaman untuk pembeli rumah pertama dengan memberi kredit tambahan atau 100% pinjaman perumahan.
“Ramai orang tidak mampu beli hartanah pertama mereka kerana tidak mampu bayar wang pendahuluan. Bantu mereka daripada segi itu. Ia boleh dibayar balik dalam jangka panjang,” katanya. - FMT
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[KADAR FAEDAH 18% DAH MACAM KAD KREDIT] Pemaju bukan Ah Long, mereka bina rumah kata bekas presiden Rehda"

Posting Komentar